BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subsidi Petrol: Pakar Cadang Kaedah Skor Pelbagai Dimensi Ganti Pengelasan Pendapatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,701
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,701
Reaction score
97
Points
80

Subsidi Petrol: Pakar Cadang Kaedah Skor Pelbagai Dimensi Ganti Pengelasan Pendapatan​

f79d4f287693596a63217b25db0444d1692e8eccec352


Kerajaan disaran menggunakan kaedah pengelasan pendapatan isi rumah berasaskan skor pelbagai dimensi bagi memastikan semakan semula subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi dilaksanakan secara lebih telus dan tepat.

Pakar ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata pendekatan itu mampu memberikan gambaran lebih menyeluruh terhadap kemampuan sebenar isi rumah kerana langkah itu bukan sahaja menilai pendapatan, malah turut mengambil kira aset, lokasi tempat tinggal, jumlah tanggungan dan corak perbelanjaan.

Provos dan Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata sistem pengelasan B40, M40 dan T20 yang digunakan ketika ini tidak lagi mencerminkan realiti kos sara hidup semasa, khususnya perbezaan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

“Pendapatan RM15,000 di Kuala Lumpur tidak sama dengan RM15,000 yang diperoleh isi rumah yang menetap di Kota Bharu, Kelantan kerana kos kehidupan di bandar raya utama, bandar sederhana, luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak itu sama sekali berbeza,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pendekatan berasaskan skor pelbagai dimensi lebih praktikal untuk jangka panjang kerana langkah itu menilai kemampuan sebenar isi rumah, bukan sekadar pendapatan kasar bulanan.

Barjoyai turut mengingatkan kerajaan supaya mengelakkan pelaksanaan dasar yang boleh mencetuskan fenomena middle class squeeze, iaitu keadaan apabila golongan pertengahan terbeban akibat cukai dan kehilangan subsidi sehingga meningkatkan tekanan kos sara hidup.

Mengulas cadangan semakan subsidi petrol, beliau berkata kerajaan juga boleh mempertimbangkan mekanisme lain seperti pengapungan harga petrol dalam julat terkawal atau mengehadkan subsidi kepada 100 liter pertama bagi setiap pengguna.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan mencadangkan supaya kategori isi rumah berpendapatan tinggi dikecilkan kepada 15 peratus berbanding 20 peratus ketika ini, dengan data daripada Pangkalan Data Utama (PADU) dijadikan rujukan utama.

 
Back
Top
Log in Register