BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Suami memang panas baran'

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

]

ni susah ni
takde surat beranak, takde IC,
tak boleh masuk sekolah, tak boleh gi klinik,
tak boleh dapat bantuan, tak boleh join apa pon,
tak boleh dapat susu sekolah, tak boleh buat apa pon
duk rumah. keje pon tak boleh yg proper..

kesian bhai. perbetulkan lah sebelum terlambat
 
tindakan pusat zakat..?....ke goyang telur lagi...puihh

takk.. Saya tunggu diorang kat opis saya yg ada aircon dan sofa empuk nih!!.. Tapi diorang tak datang2!! Caman saya nak agihkan?

Saya akan mintak surat beranak diorang.. Takde kalu.. Balik
 
kalo famly yg bermasalah...mesti yg anak ramai....majoritinya laa
 
kesian anak tu.. lagi satu aku rasa meluat klu bapak marah anak depan org ramai.. lagi2 anak tu kecik lagi..
 
begitu ceritanye..kesian....semoga yang mati tu masuk syurga..
 
ni mslh kawin kat luar m'sia kot..
ssh nk dftr kelahiran..
pada yg berkenaan hrp2 dptlah bantu kakak ni..
 
image.jpg


Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam.
< 1 / 1 >
MELAKA - "Saya reda jika dia ditahan," kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafis, 17, remaja yang meninggal dunia akibat dipukul bapanya sendiri dengan kayu, kelmarin.

Menurut Siti Habibah, dia mahu suaminya itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya memperlakukan anak sulung mereka sebegitu.

"Cuma saya terkilan kerana rasa pengorbanan saya selama ini tak berbaloi. Saya tinggalkan keluarga, sanggup dibenci keluarga dan sudah empat tahun tak balik kampung di Kelantan. Saya ada hubungi keluarga di kampung tapi mereka macam tak boleh terima saya lagi," katanya.

Menurutnya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memang panas baran, namun sebelum ini sekadar meninggi suara dan memukul dengan tangan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata termasuk kayu.

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

“Selepas kejadian ini, saya tekad cari kerja dan bina kehidupan baru bersama anak- anak. Cukuplah selama ini hidup berpindah-randah disebabkan sikap suami.

"Saya ingin melupakan apa yang berlaku dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam ketika urusan tuntutan jenazah.

Siti Habibah berkata, Allahyarham Muhamad Hafis yang mesra dipanggil Abang itu dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/suami-memang-panas-baran-1.297431


kejadian ni dekat mane

artikel tulis kat melaka kan

tapi kenapa kebumi sampai kat klang

p/s : xtau sgt pasal cite ni
 
Back
Top
Log in Register