BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Isteri dan Madu

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
NOTE : memandangkan ada yg bertanya, so aku kasitau awal2..
ni bukan kisah aku..tapi yes, ini adalah kisah benar.. hehe :D


Salam.

Tersebutlah al-kisah, seorang lelaki berstatuskan suami orang..
Berminat kepada seorang wanita muda...
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..
Cinta si suami orang telah disambut oleh si wanita muda..
Lalu dikahwini lah wanita muda ini di selatan thailand dengan direstui ibu bapa wanita muda ini..
tapi tanpa diketahui oleh si isteri tua..

Perkahwinan berjalan lancur..
setelah setahun berlalu, lahirlah seorang cahaya mata dari pernikahan dengan si isteri muda...

Disangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis di tengah hari..
Perkahwinan secara rahsia, terbongkar..
si isteri tua tahu hal pernikahan tersebut..

Mengamuk sakanlah si isteri tua..

Tup tup, dengarlah berita si suami telah menceraikan si isteri muda..kerana takut kepada si isteri tua...

tinggallah si isteri muda bersama anak kecil tersebut...

Siapa yang bersalah dalam hal ini?

Pengajaran buat si wanita : Kalau boleh, elakkan berkahwin dengan si suami orang.. Kalau nak juga, better biarkan si isteri tua tahu...
Kalau tak, jadilah seperti cerita di atas..

Pengajaran buat si suami : Janganlah jadi suami pengecut..
Nikah kawin cerai bukan hal main2.... kesian si anak kecil..
anak tu tak berdosa..

Pengajaran buat ibu bapa : Kalau dah ditakdirkan anak akan menjadi isteri number 2, kalau boleh jgn lah rahsiakan dari isteri tua...
tengok....nasi sudah menjadi bubur...
 
Last edited:
pengajaran dia, kalau kawin satu lagi, mesti la declare, jangan sorok2. ti isteri pertama mengamuk.

Salah si suami kawin tak bg tau.
 
pengajaran dia, kalau kawin satu lagi, mesti la declare, jangan sorok2. ti isteri pertama mengamuk.

Salah si suami kawin tak bg tau.

tu la pasai...
kalau waktu awal2 kawin, sorok2 sbb takut kantoi, boleh faham lagi..
tapi bila dah kantoi, lalu diceraikan isteri muda tu, bagi aku memang tak patut sangat2 lah....
 
tu la pasai...
kalau waktu awal2 kawin, sorok2 sbb takut kantoi, boleh faham lagi..
tapi bila dah kantoi, lalu diceraikan isteri muda tu, bagi aku memang tak patut sangat2 lah....

suami yg buat cmtu dah jadi dayus. menganiaya wanita tu, kan isteri muda tu dah ada anak satu.
 
Walau apa pun terjadi , jangan ceraikan isteri² anda...

[saya akan pikul segalanya, jika itu terjadi pada saya]
 
pengecut bukan?..kalu gentleman bgtau niat kat bini tua...walau ke lautan api skli pun kan ku redah..ehehehe..
 
errr pengalaman sebenar ke ni? hehe

moral of the story :- belum mahir lagi sebab boleh kantoi dengan isteri pertama - betul ke :D
 
sian ler bini muda tu...
kisah tt ke?:">:">
 
Back
Top
Log in Register