BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Style scalping vadcon

Check List - Dimanakah pemahaman anda?


  • Total voters
    0
Salam,

Baru khatam baca...sebab baru jumpa hari ni... huhu.. terlepas rombongan bang jawa ke lurah bilut... kalau ada sesiapa yg nak ke sana lagi, PM la saya ya... nak ikut.. padahal, baru minggu lepas lalu lurah bilut tu.. kalau tahu, terus singgah selalu studio masta...

Thanx masta untuk ilmu2 ni semua...
 
roger cikgu.i follloowwwww dari belakang ,tepi.depan and ujung side meniarap...beshh la ilmu ni
 
Salam,

Baru khatam baca...sebab baru jumpa hari ni... huhu.. terlepas rombongan bang jawa ke lurah bilut... kalau ada sesiapa yg nak ke sana lagi, PM la saya ya... nak ikut.. padahal, baru minggu lepas lalu lurah bilut tu.. kalau tahu, terus singgah selalu studio masta...

Thanx masta untuk ilmu2 ni semua...

Xpe..lain kali bleh singgah.
 
Salam untuk Masta dan semua geng2 cg yang dah khatam silibus..Izinkan ambo belajar kat sini..baru je khatam dan tgh exploi kat live acc..Harap2 ari ni ada peluang entry post kat gu..:D

Thanks untuk masta yang sudi berkongsi ilmu kat sini, semoga rezeki semakin bertambah. Amin!

Aminn yarobb. Selamat Mentelaah. :):)
 
mmg bOleh saja masta
nk belajar ke nk ber trading ker
bOleh saje
nnt masta angkut saja apa brg yg perlu masta bawa
xcukup kemudahan nnt bgtau je
Insyallah.. geng2 wak akan cuba sediakan yg terBaik!!


*sape nk dtg belajar pengerasnya aiskrim mcm kat atas tu & key ef sii.. :D

Apa yang termampu jer wak.
Bawak diri dengan laptop jer bleh?
:):)

*:">:">
 
Untuk bahagian Risk Management, selain faktor pembahagian equity tu, faktor memaksimumkan profit adalah bahasa mudahnya.
Culculated risk.
Bukan gamble.
Disini 'culculated risk' adalah SL yang saya tak ajar.
Bermaksud andai analisa kita bertentangan dengan trend kemudiannya, 'cut loss' sahaja digunakan dan bukan SL.
Beza antara SL dengan CL ini adalah SL kita perlu setkan berapa pips yang kita sanggup untuk rugi.
Sedangkan CL adalah kerugian yang kita floatkan tanpa disetkan SL dan kita putuskan untuk rugi pada sekian pips yang merah/negatif.
Dalam bahasa mudah, jika analisis kemudiannya kita dapati position kita kekal sudah bertentangan dengan market, terus keluarkan post itu dengan
CL.
*Semua ini adalah berdasarkan teknikal analisis.

cikgu..sy dah try cuba cut lost..tp blum berapa menjadi..memanjang kat the loose jer...( demo jer...hihihi )
 
Kita ke bahagian Time Management.
Tiada waktu tertentu berdasarkan open atau closenya market sesebuah negara untuk major currency itu.
Ini kerana dalam 24 jam itu ada 6 bahagian 4 jam, ada 24 bahagian 1 jam, 48 bahagian 1/2 jam.
Turun atau naik pasaran adalah berdasarkan permintaan dan penawaran dalam tempoh itu.
Tiap permintaan dan penawaran diterjemah melalui candlestick yang digunapakai dalam teknikal analisis ini.
*Tiap currency utama akan berusaha untuk meningkatkan nilai matawang memasing apabila market dibuka.
Naik atau turun base currency ini bergantung kepada permintaan dan tawaran, selain faktor asas iaitu keadaan ekonomi yang berlaku sepanjang tempoh market dibuka.
*Apabila kita dalam posisi Long @ Buy, kita menyokong base currency.
Apabila kita berposisi Short @ Sell, kita menyokong lawannya.
*Faktor 'hit n run' style vadcon ini adalah berdasarkan trending market pada analisa candlestick tf30 dan entry pada tf5.

haa...cikgu tang masa ni yg menguji minda ni..errr,ader ke masa tertentu yg sesuai trade...? mcm jam 4 kE jam 9 ke...? bleh la sy standeby depan laptop..klu tak memanjang stadebabai jer...
 
Terima kasih.
Saya lebih selesa begini sebenarnya dari compile sekali harung, kemudian orang lain baca tak ikut intonasi dan lenggok pemahaman waktu saya menaip.
Pada saya ianya penting kerana buat apa sekali harung hanya untuk gagal buat orang faham secara terperinci maklumat yang ingin dikongsikan? :)
Percayalah memang ramai yang minta saya 'e-book'kan methodology pengajaran dan pembelajaran style trading ini.
Tetapi tujuan saya berforum, mengajar dan sambil belajar adalah untuk berinteraksi.
Kerana saya sedar tidak semua orang mampu mencerna, memahami dan mentakrif makumat yang diberikan secara praktikal jika teknik dan taktik ini disebarkan secara menyeluruh hanya melalui single compilation.
Dan trading style ini tidak untuk cuba bersaing dengan mana-mana teknik dan taktik sedia ada. :):)
Semua yang diberikan ini adalah hanya 'cara lain' untuk menangguk, mencatut dan 'menahan pukat'. :):)

haaa...betul tu cikgu,sy sokong statemant anda,krn pemahaman seseorang bukan org lain yg mencorakkannya...ianyer bergantung pada kebijaksaan memasing menguasainyer....:-?:-?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12598
USD / JPY
158.122
GBP / USD
1.32750
USD / CHF
0.83168
USD / CAD
1.42081
EUR / JPY
178.043
AUD / USD
0.69840
Back
Top
Log in Register