Saya cuba yang terbaik untuk menggambarkan tekniknya dalam bentuk ayat supaya mudah untuk ditafsir oleh minda anda.
Teknikal analisis style vadcon ini walaupun anda pada dasarnya berada dalam mode 'hit n run' untuk scalping, memerlukan anda untuk melihat prestasi sekurangnya pattern 3 CS harian sesuatu pair itu.
*Ini adalah untuk menentukan momentum pergerakan normal harian iaitu 200 mata ke atas dari open harian atau 200 mata ke bawah dari open harian.
*Dengan julat 400 mata ( keatas 200 mata dan kebawah 200 mata ) carta harian ini, anda boleh mengandaikan momentum untuk pergerakan julat bagi 4 jam dari carta harian pula adalah dalam lingkungan 200 mata, untuk setiap jam adalah adalah 100 mata dan bagi setiap separuh jam adalah 50 mata.
*Penjelasan kenapa tf30 adalah yang paling sesuai untuk trending adalah berdasarkan kepada pecahan diatas.
*Pergerakan momentum gandaan 50/50/50/50 ini adalah pilihan kebanyakan trader diseluruh dunia. Termasuk saya.

*Waima waktu bila baru anda mula log in ke akaun trading anda, anda akan dapati pergerakan market akan tetap berada didalam momentum 50/50/50/50 ini baik menurun atau menaik dari open harian.
*Anda hanya perlu untuk mengenalpasti ianya adalah dalam julat menghimpit ke momentum 50 yang mana.
