BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Studio filem pertama di angkasa lepas

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Studio filem pertama di angkasa lepas

LONDON – Syarikat media di Britain, Space Entertainment Enterprise bakal membina sebuah studio angkasa lepas yang boleh diguna untuk menghasilkan filem, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Pengasas bersama syarikat itu, Elena dan Dmitry Lesnevsky berkata, pihaknya telah memeterai perjanjian untuk mengendalikan studio tersebut yang akan disambungkan kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Studio yang dinamakan Space Entertainment Enterprise-1 (SEE-1) itu hanya berukuran enam meter lebar.

Ia akan digunakan oleh kru-kru filem, televisyen, muzik, sukan, acara, artis, penerbit atau pekerja bidang kreatif yang ingin menghasilkan kandungan di orbit rendah.

Modul studio tersebut akan dibina oleh Axiom Space, peneraju bagi perkhidmatan penerbangan angkasa manusia dan infrastruktur angkasa lepas.

“SEE-1 merupakan satu peluang hebat untuk manusia bergerak ke alam berbeza dan memulakan kehidupan baharu di angkasa lepas,” kata Space Entertainment Enterprise.

SEE-1 dijangka mula dilancarkan pada lewat 2024. – AGENSI
 
Back
Top
Log in Register