BTC USD 83,949.6 Gold USD 4,182.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

streamyx no fixed- line?

kalo kawsan kg boleh ke pakai CDMA tu?

Aku ni dok kws kg la ni. Full bar la signal dia. Ni aku main internet guna cdma ni.

Dan yg terkini aku tukar astro kpd astrobyond , boleh internet sikit masa lagi. Ada dua port usb dan satu port internet. Dish dia pun sudah lain... ada utk send receive...dicoder ni akan boot cam boot window pulak...
 
CDMA yang TM ada hanyalah CDMA 2000 EVDO rev 0

Speed sgtlah mengharukan dan maintenance infra nih sgtlah sedey..
Tunggu sikit masa lagi, TM akan upgrade infra CDMA :)
Tak lama lagi
 
saya merupakan pengguna streamyx wireless ni
memang berbaloi2 berbandingkan celcom & maxis bb (dua2 pernah guna)
sgt mobile ...balik kg pun or outstation pun bole bawak
speed mmg lebih 384
modem mmg mahal...tapi save la dr nak beli router lain

visit www.emastrader.com
 
Dah ada brother.Nama dia CDMA streamyx.Modem keluaran Huweii. Harga modem dia cakap RM500 ke atas. Ada 4 port je..Sedang di uji di Pasir Mas Kelantan sekarang...Aku pun dah apply satu....

demo pasangg doh ko? kawe bercadang nk pasang jgk ni. acu bui testimoni
 
Sebenarnya keutamaan cdma streamyx ni diberi kpd pelanggan yg berada di kws kecurian kabel yg serius spt tempat aku ni.

Teknologi EVDO (evolusi data only) ni hanya RM60 sebulan aje, kelajuan 384..sekarang pelanggan tak ramai dan boleh cecah 800kbps.(unlimited)

Modemnya bersekali dgn wireless utk rumah dan mempunyai 4 port utk kabel dlm rumah. Model Huawei EC506, harga selepas subsidi RM599 dan upah pasang RM88. Kalau singal tidak full bar, antena luar akan dipasang dgn harga RM150.00. (tiada email streamyx)

Harap maklum..
 
Last edited:
Sebenarnya keutamaan cdma streamyx ni diberi kpd pelanggan yg berada di kws kecurian kabel yg serius spt tempat aku ni.

Teknologi EVDO (evolusi data only) ni hanya RM60 sebulan aje, kelajuan 384..sekarang pelanggan tak ramai dan boleh cecah 800kbps.(unlimited)

Modemnya bersekali dgn wireless utk rumah dan mempunyai 4 port utk kabel dlm rumah. Model Huawei EC506, harga selepas subsidi RM599 dan upah pasang RM88. Kalau singal tidak full bar, antena luar akan dipasang dgn harga RM150.00. (tiada email streamyx)

Harap maklum..



plan paling mahal bape? 800?? fuhh.. best tu..aku pun nak guna la klu ok.. leh load balance ngan connection sekarang.. kat selangor fullbar sgt x? :D
 
Tak ada plan paling mahal bro. Masa depan dia akan upgrade juga. Pada masa ini hanya 384 dan boleh cecah 800 sebab tak ramai guna tak ramai yg tahu.

Satu pemancar TM boleh pergi 50km. Contohnya kat tempat aku, pemancar ada atas Bukit Bakar dan ia merangkumi 3 bandar : Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah. Modem boleh di bawa ke mana-mana.Tanpa had. Download juga tanpa had. Tahun ni juga ia akan upgrade kpd 2 band lagi...dan boleh di bawa ke mana mana di semenanjung ini he he he
 
Utusan Malaysia Hari Ini :Kabel dicuri punca khidmat Telekom terganggu

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada aduan yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 12 Januari 2010 daripada IRFAN ISMAIL dari Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan mengenai isu gangguan perkhidmatan internet Streamyx beliau.

Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan bahawa masalah yang dihadapi pelanggan di kawasan Kuala Besar adalah berpunca daripada kecurian kabel yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

Pihak kami sentiasa memantau dan menggantikan kabel-kabel yang dicuri. Tetapi apa yang menghampakan ialah kabel-kabel tersebut akan dicuri semula tidak lama selepas diganti, mengakibatkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati perkhidmatan telefon yang sempurna.

Pihak TM telah mengambil tindakan untuk menggantikan kabel fiber pada 10 Januari 2010, manakala proses penggantian dan baik pulih untuk kabel tembaga sedang berjalan dan dijangka siap pada penghujung bulan Februari 2010.

Sebahagian kawasan pula akan ditawarkan dengan perkhidmatan wayarles CDMA. Sehubungan itu, para pelanggan di kawasan terbabit yang mengalami gangguan perkhidmatan diminta untuk menghubungi pihak TM bagi membolehkan pihak kami mengambil tindakan selanjutnya bagi memulihkan perkhidmatan di kawasan tersebut.

Untuk makluman pembaca, trend kes kecurian kabel semakin meningkat di Kelantan dengan purata 62 kes sebulan.

Malah, sepanjang tahun 2009, sebanyak 747 insiden kecurian kabel direkodkan di negeri Kelantan yang melibatkan kos pembaikan melebihi RM4.3 juta. Ini mengakibatkan perkhidmatan TM di kawasan yang terbabit terganggu.

Antara inisiatif yang telah diambil oleh pihak TM bagi mencegah kecurian kabel adalah:

* Menanam kabel-kabel ke dalam tanah

* Membuat pengimpalan kepada penutup lubang

* Membuat rondaan oleh pihak Keselamatan dan Operasi Rangkaian TM

* Memasang penggera bagi mencegah kecurian kabel

* Bekerjasama dengan SRS (Skim Rondaan Sukarela)

* Memasang kawat berduri di tiang telefon

* Meninggikan tiang telefon

....Termasuk cdma streamyx...(berhuruf italik)
 
Back
Top
Log in Register