BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stor hidupan liar dalam rumah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
rps.gif_1475124399.jpg

Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (PERHILITAN) menyerbu dua rumah milik sebuah keluarga selepas dikesan menjadikan peremis itu sebagai stor menyimpan hidupan liar untuk dijual secara dalam talian bernilai RM20,000 di Majidee di sini, semalam

Pengarah Jabatan PERHILITAN negeri, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, kegiatan keluarga berkenaan terbongkar hasil risikan Unit Penguatkuasaan PERHILITAN negeri dan Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu sebelum berjaya mengenalpasti rangkaian serta aktiviti dijalankan

Menurutnya, berdasarkan risikan itu, dua buah rumah dijadikan sebagai stor bagi penyimpanan hidupan liar untuk jualan secara dalam talian yang beroperasi selama enam bulan sebelum gerakan menyerbu premis dilakukan

"Dalam serbuan 4 petang itu, sekeluarga yang mendiami rumah di kawasan Majidee tergamam apabila didatangi anggota penguatkuasaan jabatan yang memperkenalkan diri seterusnya menjalankan pemeriksaan ke atas rumah itu

"Hasil pemeriksaan di kedua-dua rumah itu mendapati sejumlah hidupan liar dari spesies reptilia dan mamalia ditempatkan di dalam rumah itu," katanya dalam kenyataan media di sini

Katanya, didapati semua hidupan liar itu tidak mempunyai sebarang dokumen dan pemilikan yang sah oleh pihak jabatan

"Antara spesies yang dirampas membabitkan spesies dalam dan luar negara iaitu 11 ekor disyaki biawak air, dua ekor disyaki spesies argentine tegu

"Turut ditemui, tujuh biji telur disyaki biawak air, seekor disyaki ular kapak, tiga ekor disyaki ular sawa batik,seekor disyaki anak musang, tiga ekor disyaki iguana, dua ekor disyaki ular 'ball phyton' dengan nilai rampasan dianggarkan RM20,000," katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan bagi setiap pertuduhan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya

http://www.hmetro.com.my/node/170238
 
tu mesti stok utk makanan restoran la tu
 
Biawak jugak yg ramai. Peminat..
Ni mesti ada jiran komplen. Nah dpt ubat !..
 
Back
Top
Log in Register