eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Mengapakah baru sekarang kerajaan Umno-BN terkial-kial mahu mewujudkan stok penimbal barangan keperluan utama? Itupun setelah Lajnah Pengguna PAS Pusat menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Patutnya dari dulu lagi kerajaan Umno-BN sudah wujudkan stok penimbal komoditi utama ini. Tak payahlah buat pengumuman menjelang pilihan raya umum dan bila keadaan telah begitu terdesak. Kalau Umno-BN mahu wujudkan stok penimbal ini, dari dulu lagi dah buat. Bukan sekarang baru terkial-terkial.
Cerita stok penimbal bukan cerita baru. China telah menggunakan kaedah stok penimbal ini sejak zaman Dinasti Song lagi (970-1279M). Ia bukannya satu teori ekonomi berbelit-belit. Konsepnya, beli dan simpan komoditi untuk menstabilkan ekonomi. Maknanya barangan yang simpan digunakan sebagai penimbal kepada turun naik harga (price volatility) barangan.
Malah ia juga konsep dalam Islam seperti yang digambarkan oleh kisah Nabi Yusof a.s. Berucaplah Nabi Yusuf menguraikan takbirnya bagi mimpi Raja:
"Negara akan menghadapi masa makmur, subur selama tujuh tahun, di mana tumbuh-tumbuhan dan semua tanaman gandum, padi dan sayur mayur akan mengalami masa menuai yang baik yang membawa hasil makanan berlimpah-ruah, kemudian menyusuk musim kemarau selama tujuh tahun berikutnya di mana Sungai Nil tidak memberi air yang cukup bagi ladang-ladang yang kering, tumbuh-tumbuhan dan tanaman rusak dimakan hama sedang persediaan bahan makanan, hasil tuaian tahun-tahun subur itu sudah habis dimakan. Akan tetapi, Nabi Yusuf melanjutkan keterangannya, setelah mengalami kedua musim tujuh tahun itu akan tibalah tahun basah di mana hujan akan turun dengan lebatnya menyirami tanah-tanah yang kering dan kembali menghijau menghasilkan bahan makanan dan buah-buahan yang lazat yang dpt diperah untuk diminum."
"Maka jika takbirku ini menjadi kenyataan," Nabi Yusuf berkata lebih lanjut," seharusnya kamu menyimpan baik-baik apa yang telah dihasilkan dalam tahun-tahun subur, serta berjimat dalam pemakaiannya untuk persiapan menghadapi masa kering, agar supaya terhindarlah rakyat dari bencana kelaparan dan kesengsaraan. "
Maknanya idea stok penimbal ini bukanlah idea baru. Kalau pemimpin Umno-BN tak baca al-Quran sekalipun dan kalau para ulama Umno-BN atau ulama yang bekerja dengan Umno-BN hanya membaca surah berkaitan Nabi Yusof ini sebagai khabariah sahaja dan setakat seronok membaca ceritanya tetapi gagal memahami insyaiyyah di sebaliknya kisah yang diceritakan dalam a-Quran itu, pengetahuan sekular tentang stok penimbal ini juga boleh digunakan untuk mengawal harga barangan.
Justeru kenyataan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omas bahawa penubuhan Majlis Harga Negara hanyalah 'gimik' politik menjelang pilihan raya umum, walhal ia tiada kuasa menyekat kenaikan harga barang adalah tepat dan relevan (rujuk Wan Nordin Wan Yaacob,"Majlis Harga Negara hanya gimik tiada kuasa,") - Harakahdaily 25 Jan, 2008.
PEMIKIRAN PEMIMPIN PAS SELALUNYA 10 TAHUN LEBIH KEDEPAN DARI PEMIKIRAN PEMIMPIN UMNO YANG CUMA FIKIR MACAM MANA NAK BUAT RM10JUTA DALAM MASA 5 TAHUN