BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stesen Keretapi di Teluk Intan

tima kasey tt.. bump utk thread ni.. kesan sejarah tu, makin lama makin hilang dmata..
 


Stesyen Keretapi kini :)



gambaran udara.... sunyi jek
 
tima kasey tt.. bump utk thread ni.. kesan sejarah tu, makin lama makin hilang dmata..

sama2 bro..bump kan aje..disini pon ramai user CG dari
kawasan berkenaan..diorg pon bole menjelaskan
keadaan tu lebih lanjut lagi :)
 
Ada 5 jalan bertumpu ke Teluk Intan.

Dari arah Plaza Tol Tapah, Tapah Road, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.

Dari arah Plaza Tol Bidor dan Kuala Lumpur.

Plaza Tol Kampar dan Kuala Lumpur.

Dari arah Hutan Melintang, Sabak Bernam dan Bagan Datoh serta Klang.

Dari Sitiawan dan Lumut melalui Lebuh raya Kayan.
 
Catatan Orang Lama..

The Train Boys: Dulu disekitar tahun 60an hingga akhir tahun 70an,kebanyakan murid2 sekolah di daerah Sungai Manik dan Labu Kubong waktu itu bersekolah menengah di Telok Anson(Telok Intan) tidak saperti sekarang ada sekolah menengah di Langkap,Cenderong Balai dan Sungai Lampam.Di Telok Anson sekolah menengah banyak ,yang elite waktu itu ialah,Sek.Menengah Sultan Abdul Aziz,Anglo Chinese School,Horley Methodist dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sri Perak.Waktu itu perhubungan susah,jalanraya tiada,bus tiada,motosikal pun tiada jadi kebanyakannya murid ini pergi ke sekolah di Telok Anson naik keretapi.Keretapi ini bermula dari Tapah Road,singgah di stesen Degong ambil murid2 dari sekitar kampong Degong dan Langkap,kemudian singgah di stesen Cikus untuk murid2 dari kampong di Cikus dan Sungai Lampam.Stesen seterusnya Sungai Tukang Sidin bagi mengambil murid2 dikampong tersebut termasuk dari Sungi Manik yang agak jauh di pendalaman,selepas itu keretapi ini berhenti di stesen Permatang Halt untuk mengambil murid dari kampong berdekatan.Stesen terakhir ialah Sungai Kerawai,bilangan muridnya tidak ramai kerana sudah dekat dengan Telok Anson,jadi kebanyakan mereka naik basikal ke Telok Anson.Jam 7.00 sampai di Telok Anson,yang bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz akan meneruskan perjalanannya ke perhentian terakhir keretapi ini iaitu stesen Telok Anson Wharp.Selain dari murid2 sekolah menengah terdapat juga beberapa orang murid yang bersekolah rendah di Telok Anson,iaitu bersekolah Inggeris maklumlah dikampong mana ada sekolah Inggeris.Seingat saya dalam tiga orang saja lebih kurang.
Keretapi pagi ini bolih dikatakan dipenuhi dengan murid2 sekolah sahaja,hampir 60 orang,keratapi ini tiga gerabak sahaja dengan enjin wap dengan kuasa arang batu,bunyinya bising dan asapnya berkepul keluar dari corongnya.Faham saja lah kami ini semuanya remaja,jadi macam2 perangai ada,bila dah ramai tu, guard(pegawai yg.bertugas dlm keretapi)pun tak terbuat apa.Ada yang pas tiket bulanannya sudah mati,apabila guard datang buat pemereksaan,masing2 lari menyorok dalam bilik air,ada yang berdiri di pintu keratapi yang duduk atas tangga pun ada,tak tahu takut padahal keratapi berjalan laju,waktu tak itu siapa pun fikirkan perbuatan itu merbahaya.Olih kerana sudah kenal biasa,apabila kena tangkap maka pandai juga kami "kautim" bayar lah sikit pada guard tu.Hubung antara kami ini sungguh erat,dalam pergaulan juga dalam pelajaran.Dalam waktu menuggu keratapi tiba hatta didalam keratapi pun kami berbincang tentang pelajaran,kerja rumah guru beri dsbnya tiada yang kedekut.Tapi yang tak kesah langsong pun ada,dia kami panggil "hero keretapi".Guru2 sekolah pun tahu kumpulan yang naik keratapi ini,mereka panggil kami"the train boys",kerana kerap geng keratapi ini lah yang lewat sampai kesekolah,guru displin telah beri keistemewaan ,pehak pengawas sekolah tidak perlu ambil tindakan keatas kami dia tahu kelewatan tersebut adalah masaalah keretapi.Yang hebatnya "the train boys" ini dibenarkan balik 15 minit awal dari waktu tamat sekolah,ini kerana untuk membolihkan kami balik menaiki keratapi jam 1.30,kalau terlepas bermakna kenalah naik keretapi berikutnya jam 4.30 ptg.Bayangkan berapa jam tersadai distesen keretapi,dengan perut laparnya dan tak dapat rehat.Jam 6.00 baru sampai rumah.
Geng yang gelar "the train boys"ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan jadi biasalah budak2 remaja maka dalam diam2 ini mereka ini rupanya ada yang main cinta .Adalah seorang dua budak perempuan ini yang cantik dan galak serta ramah inilah yang jadi rebutan yang lain ada juga tapi muka serious saja takut lah pulak mendekatinya.Yang seorang dua ini lah yang jadi tumpuan ,yang banyak budak2 jadi angau dibuatnya macam cerita Labu Labi.Kalau di imbau semula macam2 gelagat ada untuk menarik perhatian mereka.Sehingga bermasam muka,sampai tamat sekolah dua orang budak ini tidak bertegur sapa.Tak tahu lah kerana selepas tingkatan 5 ,tamat sekolah menengah masing membawa diri.
Sekarang ini geng ini umor pun ada yang dekat 60 tahun,perkhidmatan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson pun dah lama di hentikan,stesen keretapi pun dah tiada,kadang bila pergi ke Telok Anson naik kereta nampak lah gertak Sg.Bidor dan gate keretapi berhampiran dengan stesen keretapi Telok Anson yang tidak diusik,kononnya sebagai kenangan.Semua ini tinggal nostalgia saja,sejarah yang tidak bolih dimainkan semula...

train-conductor_~bxp22899%5B1%5D.jpg

Ini kepala keretapi yang awal sekitar tahun 1960.

56406_45%5B1%5D.jpg

Yang ini bermula disektar tahun 1965,dipanggil keretapi mail.

Kredit:http://halim-muaro.blogspot.com/
 
Petikan dari Blog http://jalilsalleh.blogspot.com

1.0 Cerita Pasal Laksa: laksa yang pada aku mengancam habis kat teluk intan ni adalah laksa Cik Kiah yang duduknya adalah dihujung gerotak Kg. Bahagia - Teluk Intan. ermmm laksa dia ni ada rasa yang tersendiri nak kata kuah dia pekat tak pun cair je kuahnya cuma speselnya laksa cik kiah ini adalah ia mempunya aroma dan rasa yang secukup rasa tak lebih tak kurang masamnya pedasnya perghhh..leh jadi ketagih ooo haha, yang bertabah bestnya laksa ni adalah sebab rege laksa ni maintain lima kupang je sejak aku dari sekolah rendah sampai la aku dah jauh melebihi suku abad ada dekat 20 tahun harganya mantain je lima kupang campur air bikarbonat lagi lima kupang, so total seklai makan kat sini seringgit je huhuhu..murahkan, n diingatkan skali lagi buat sebab dia murah aku suka laksa ni tapi sebab rasanya yang secukup rasa itu..kalau dulu aku balik skolah mmg lalu depan kedai dia ni so selalu la singgah especially masa darjah 6 sebab masa tu sealu ada kelas tambahan so balik lambat sikit kekadang kul 3 kekadang kul 4 so untuk melepaskan lelah penat belajar singgah makan dulu kat sini, tapi sebab zaman dulu dulu belanja 4 kupang je plus 3kupang utk kelas tambahan maka duit terpaksa dihematkan untuk memakan disini, takde la ari2 plak aku makan kan...dulu ada ais kacang skali so kalau tak makan laksa makan ais kacang banyak duit dua2 aku sental hahaha..maklumla dulu gi skolah naik beskal so letih ye nak kayuh basikal sejauh 2km maka buat pitt stop pada kilometer pertama dulu haha.. (actually aku pun tak ingat tapi rasa mungkin masa sekolah rendah laksa n ais kacang dikedai ini masih 3kupang je kot, pastu baru naik 5 kupang sampai skarang, ok la tu mana nak cari laksa ngan air rm1.00 je skang ni, air berkarbonat lak tu haha..sebelum sizen air berkarbonat and selepas malas memesin ais kacang cik kiah provide air tebu. oh ya sebagai promosi juga ingin dinyatakan bahawa laksa ini juga boleh dibungkus..tahniah diucapkan kepada cik kiah sebab mampu memantainkan harga dan keenakan laksanya, kenapa la org lain suke je nak jual mahal2 cik kiah suami isteri berniaga dengan hati yg ikhlas agaknya dah merasa suami isteri pergi mekah. kepada peniaga peniaga yang berkeliaran kat luar sana tu sila ingat yang penting bukan keuntungan tetapi kab-ba-ro-kab-alif-ta-nun...keberkatannn ye dak?

CIMG0016.JPG
CIMG0020.JPG


2.0 Kisah Gerotak Lama: kepada yang tak tau gerotak tu apa, maksud gerotak adalah kata ganti nama bagi jambatan besi yang didirikan sebagai laluan keretapi yang digunakan pada masa lalu dan kini, tetapi utk pengetahuan korang semua jambatan keretapi kat Teluk Intan ni dah lama terkorban dimamah usia yang tinggal sekarang hanyalah peninggalan kesan-kesannya.. ini cerita zaman aku sekolah gak, masa tu keretapi Tapah - teluk Intan masih berfungsi lagi, tujuannya adalah nak bawa barang pertanian dan orang ke kawasan pelabuhan, zaman dulu2 teluk intan adalah mempunyai sistem pelabuhan terkemuka yang setanding dengan pelabuhan klang kini huhu..so masa tu setiap kali keretapi lalu kawasan kampung aku dia akan bunyikan wisel dia tu, bising betul kalau bernasib tak baik sikit masa tu aku yang bawak adik aku naik basikal ke sekolah akan berselisih ngan keretapi tu masa kat atas gerotak tu. so ada sedikit debaran masa tu pasal merujuk kepada gambar kat atas keretapi akan lalu kat kawasan bertar dlm gambar tu manakala kami pengguna basikal akan menumpang kasih melintas sungai bidor untuk ke Teluk Intan guna jalan seluas 3kaki je agaknya sebelah betul2 laluan keretapi tu, masa tu terasa bergegornya..semua halt dam beku kat tgh2 jambatan huhuhu...kalau berselisih basikal basikal kat atas jambatan kayu tu mcm handle bersapa handle je, dah la masa tu jambatannya berlubang2 ingat2 balik memang rasa macam dulu aku sgt terer bawak basikal ikut situ, skang ni jambatan laluan aku tu dah semak samun dah, agaknya kalau suruh buat lagi dah tak berani dah gamaknya..tapi skang laluan keretapi tu pun dah convert jadi laluan utk motosikal. tapi bila aku lepak2 makan kat kedai cik kiah yang distorykan di atas aku rasa macam ramai je rupanya anak teluk intan yang derhaka lite2 lama tak balik kg, sebab rasanya dah berbelas tahun dah kereta tak dibenarkan lalu jambatan tu lagi. sekarang laluan basikal/pejalan kaki tu dah jadi tempat menjoran udang galah.
p/s: ingat dlm satu program raya biografi Jamal Abdillah ada feature jambatan ni

CIMG0021.JPG


3.0 Iktibar dari Gajah Putih nan Suci: kesinambungan kisah gerotak lama ini ada satu insiden berkaitan perkhidmatan keretapi Tapah- Teluk Intan yang semakin dilupakan dimamah zaman, the event happen before the time begin kata omputihnya, kisah tahun 1894, kisah pengorbanan suci gajah untuk anaknya. lagenda gajah putih ni dulu rasanya amat terkenal kat teluk intan ni, lagenda yang menunjukkan sedangkan binatang kasihkan anak yang sepatutnya digahkan untuk dijadikan iktibar ibu ibu dan bapa bapa zaman sekarang. ermmm diceritakan bahawa ada seekor gajah putih yang besar dan gagah telah terkorban dalam mempertahankan anaknya daripada dilanggar oleh keretapi enjin wap masa tu menyebabkan keretapi tu tergelincir/ terbalik. utk mengenangkan perkara tersebut telah didirikan satu papan tanda yang dulunya senang nak ditemui tetapi kini dah tersemunyi kat celah2 pokok pisang n kebun orang. so kena pandai cari iskit la kalau nak cari landmark ni.

CIMG0025.JPG
 
terima kasih pada rakan2 lain yg menambah info lagi
disini :D
 
Back
Top
Log in Register