seether
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,415
- Joined
- Jul 30, 2010
- Messages
- 28,415
- Reaction score
- 6
- Points
- 311
memang HOT but not my feberet...![]()
yela..mungkin kenangan stesyen keretapi tu
x same sentimental value nya dgn
ape yg ade skang
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

memang HOT but not my feberet...![]()

sejarah KTM ini sepatutnya dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab supaya menjadi tatapan kepada generasi yang akan datang...

Memang menggamit kenangan.. Pilu je rasa..
Tahukah anda dahulunya masih terdapat perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Mengikut sejarahnya, landasan ini telah dirasmikan pada 18 Mei 1883. Landasan keretapi Teluk Intan bermula dari Tapah Road dan melalui beberapa lokasi seperti Degong, Chikus, Sungai Tukang Sidin, Permatang, Sungai Kerawai, Sungai Manik, Teluk Anson Town dan Wharf Teluk Intan.
Namun demikian, seiiring dengan perkembangan masa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan telah ditamatkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1989. Ini berikutan oleh beberapa sebab seperti penumpang yang sudah semakin berkurang, pelabuhan Teluk Intan yang semakin kurang penting serta perkembangan jalan raya yang sudah semakin baik.
![]()
Sebuah gambar lama yang menjadi bukti kepada sejarah lama perkhidmatan keretapi di Teluk Intan.
![]()
Peta Jaringan Keretapi 1950.
![]()
Permandangan dari udara Teluk Anson (Teluk Intan) pada tahun 1952
.
![]()
Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964.
Landasan Teluk Anson
Landasan keretapi bagi cawangan Teluk Anson dan Tapah Road telah dibuka secara rasmi untuk trafik pada 18 Mei 1893. Upacara ini disaksikan oleh pembesar-pembesar negeri termasuk Gabenor Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir
Perak dan Pegawai Kanan Keretapi serta pelawat-pelawat jemputan.
Sempena dengan perasmian landasan keretapi Teluk Anson - Tapah Road ini, satu upacara khas memasang penghubung terakhir di jambatan Bidor sebagai tanda perasmiannya juga telah dilakukan.
![]()
Landasan keretapi ini adalah yang keempat dibuka di Negeri Perak. Landasan keretapi pertama ialah di antara Taiping dengan Port Weld, manakala landasan keretapi kedua di antara Taiping dengan Kamunting dan landasan keretapi ketiga di antara Kemunting dengan Hulu Sepetang. Kerja-kerja pembinaan landasan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina bagi merentasi Sungai Bidor.
Apabila landasan cawangan ini siap dan dibuka untuk trafik pada tahun 1893, ia menjadi sambungan kepada pembinaan sistem perhubungan keretapi. Kegiatan meluaskan lagi perkhidmatan keretapi ke tempat - tempat lain terus diperhebatkan kerana ia adalah pelaburan yang amat menguntungkan. Pendapatan yang diperolehi dari perkhidmatan keretapi dapat menampung kekurangan perbelanjaan untuk menambah landasan – landasan keretapi yang baru.
Kebanyakan tren yang dilarikan di cawangan ini adalah tren campur (sebuah locomotif + dua koc penumpang + gerabak barang). Perjalanan dari Tapah Road ke Waf Teluk Anson mengambil masa lebih kurang satu jam kecuali apabila berselisih. Tempat untuk tren berselisih (crossing) hanyalah di Stesen Sungei Tukang Sedin.
Berikut adalah serba sedikit catatan tentang stesen dan perhentian di cawangan ini.
Changkat Petai
Hanyalah sebuah perhentian kecil.
Degong
Sebuah Stesen Tanpa Kuncikait. Asalnya mempunyai sebuah platform sepanjang 424 kaki di sebelah kiri landasan dan mempunyai gegelung sepanjang 1371 kaki.
![]()
Stesen Chikus
Merupakan sebuah stesen biasa (Non – block Station).
![]()
![]()
Sungei Tukang Sidin
Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 300 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 300 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 1033 kaki yang dapat menampung 41 unit gerabak. Ada juga yang melaporkan panjang gegelung di stesen ini adalah 1320 kaki.
![]()
![]()
Permatang
Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket.
![]()
Sungei Kerawai
Sebuah stesen biasa (Non – Block Station).
![]()
![]()
Sungei Manik
Mempunyai platform sepanjang 112 kaki di sebelah kiri landasan. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar stesen ini masih lagi dalam pencarian.
Bandar Teluk Anson
Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket. Mempunyai platform sepanjang 386 kaki di sebelah kanan landasan.
![]()
![]()
![]()
![]()
Waf Teluk Anson
Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 245 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 245 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 771 kaki yang dapat menampung 30 unit gerabak.
Di waf ini pernah terdapat kemudahan untuk menyimpan lokomotif, sebuah turntable, tempat memeriksa gerabak dan koc serta tempat memunggah barang – barang pukal. Terdapat jambatan penimbang dengan kapasiti maksimum 20 ton.
![]()
Walaupun demikian, beberapa tinggalan perkhidmatan keretapi di Teluk Intan masih boleh dilihat dan dikekalkan. Kita dapat melihat beberapa tinggalan penting sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Antaranya ialah bangunan stesen keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu.
Pintu pagar lintasan keretapi dengan jalan raya menuju ke Bidor juga masih boleh dilihat dan sempat menjejaki tinggalan landasan di Chikus. Namun demikian, kita tidak dapat meramal berapa lamakah tinggalan-tinggalan bersejarah ini mampu bertahan mendepani cabaran kemodenan yang makin mencengkam.
![]()
Bangunan Stesen Keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu.
![]()
Papan tanda stesen keretapi Teluk Intan. Perhatikan tulisan pada papan tanda berkenaan jelas tertulis "TELUK ANSON TOWN"
![]()
Cebisan kayu landasan yang masih boleh dilihat.
![]()
Platform stesen keretapi Teluk Intan yang masih kekal.
![]()
Stesen Keretapi Teluk Intan dalam kenangan.
![]()
Pagar lama landasan keretapi yang merintangi jalan raya dari Teluk Intan ke Bidor masih dikekalkan untuk tatapan generasi kini.
![]()
Suatu ketika dahulu keretapi pernah lalu disini.
![]()
Tinggalan landasan keretapi di Chikus tidak jauh dari Teluk Intan.
![]()
Semak samun menutupi bekas landasan.
![]()
Ada keretapi pernah lalu disini dahulu.
![]()
Cebisan kayu landasan yang usang dimamah masa.
Salah satu tinggalan terunggul sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan ialah sebuah jambatan besi yang merintangi kuala Sungai Bidor. Masyarakat tempatan di sekitar Teluk Intan ( terutama di Kampung Bahagia ) memanggilnya sebagai "geghrotak". Ia merupakan sebuah jambatan keretapi klasik yang dibina oleh pihak British bagi menghubungkan landasan dari Tapah Road ke Teluk Intan.
Catatan sejarah menunjukkan bahawa pembinaan jambatan ini mengambil masa selama hampir 2 tahun iaitu dari tahun 1891 hingga 1893. Bagi saya ia merupakan sebuah hasil kejuruteraan yang terhebat pada ketika itu. Setelah perkhidmatan keretapi Teluk Intan ditamatkan, landasan ini telah terbiar dan tidak digunakan lagi. Namun atas inisiatif pihak berkuasa tempatan, jambatan ini telah dibaikpulih dan dipulihara seterusnya telah diturap untuk dijadikan laluan motosikal dan pejalan kaki. Jambatan ini masih lagi digunakan oleh penduduk setempat kerana ia dapat memendekkan laluan untuk ke Teluk Intan.
![]()
Jambatan keretapi yang merintangi kuala Sungai Bidor di Teluk Intan suatu ketika dahulu.
![]()
Jambatan Keretapi Teluk Intan kini.
![]()
![]()
Panorama kuala Sungai Bidor yang mengalir lesu dari atas jambatan.
Kredit: http://indahrasajmalim.blogspot.com

Sekarang dah jarang balik Sungai Kerawai sbb ibubapa dah lama meninggal....cuma tingggal rumah kosong aje(jiran cakap rmh ni ade makhluk paranormal)....biasanye selalu balik rumah mertua kt Kg Bahagia
TT ni budak Teluk Ansen ke...????

Sekarang dah jarang balik Sungai Kerawai sbb ibubapa dah lama meninggal....cuma tingggal rumah kosong aje(jiran cakap rmh ni ade makhluk paranormal)....biasanye selalu balik rumah mertua kt Kg Bahagia
TT ni budak Teluk Ansen ke...????

bukan la yob..
seseorg yg suke sejarah je ni![]()

org jiwa halus memang suka kenangan dan sejarah.
harap2 TT bukan makhluk halus![]()