BTC USD 61,455.3 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Steam Tak Suka Pengguna Guna VPN Untuk Beli Game Murah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,129
Reaction score
4,194
Points
236
Steam adalah antara nadi utama bagi pengguna PC untuk membeli permainan video (game). Walaupun platform ini sering menawarkan promosi kepada pengguna, tetapi ia tidak cukup memuaskan lagi. Hal ini kerana ramai individu yang menggunakan VPN untuk menukar alamat kepada negara lain. Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga game yang lebih murah. Kadangkala, negara lain jauh lebih mampu milik sehinggakan sekitar RM100 juga boleh didapati untuk game baharu.

Disebabkan isu ini telah lama berleluasa, Steam akhirnya tampil memberi maklum balas dengan menambah sekatan lebih ketat. Menurut SteamDB, pengguna kini hanya boleh menukar negara pada akaun mereka sekali sahaja untuk setiap 3 bulan. Ini bertujuan menyekat eksploitasi yang sering digunakan pengguna dimana kerap menukar negara.

Terdahulu, Steam telah mengetatkan lagi pembelian di platformnya dimana tidak boleh membuat pembelian jika cara pembayaran itu tidak sama di 'negara' itu. Sebagai contoh, anda pengguna di Malaysia ingin membeli game dari negara Argentina. Penggunaan kad debit/kredit dari Malaysia tidak boleh dilakukan. Oleh yang demikian, nak atau tak nak, anda perlu mengumpul wang dan beli secara sah dari akaun Malaysia.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register