BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Valve Umum Steam Deck

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Valve Umum Steam Deck, Konsol Mudah-Alih Untuk Mainkan Permainan Steam Anda;

Valve kini telah memperkenalkan konsol mudah-alih mereka yang sedia dinantikan ramai, iaitu Steam Deck.

SteamDeck-950x534.jpg.webp
Steam-Deck-Amanz-950x534.jpg.webp

Konsol mudah-alih ini hadir dengan rekaan skrin bersaiz 7-inci, dan kemudahan untuk anda memainkan sejumlah permainan daripada Steam, terus secara mudah-alih. Menguasakan Steam Deck adalah cip AMD APU Zen 2, dilengkapi sokongan grafik AMD RDNA 2, memori 16GB LPDDR5 RAM, dan storan bermula 64GB eMMC sehingga 512GB NVME SSD. Secara tidak langsung, ini turut memposisikan ia sebagai konsol mudah-alih yang berkuasa tinggi. Perkara ini sedia dijangka dalam membolehkan permainan Steam dijalankan pada konsol mudah-alih ini.

Steam-Deck-950x569.jpeg.webp

Melengkapkan ia juga adalah sistem operasi SteamOS berasaskan Linux, dan menggunakan perisian Proton dalam membolehkan permainan Windows dijalankan padanya dengan stabil dan tanpa masalah.

Steam-Deck-Malaysia-950x633.jpeg.webp

Valve mengatakan ia dilengkapi dengan bateri 40Whr yang menawarkan penggunaan antara 2 jam ke 8 jam permainan. Pengguna boleh mengecasnya menggunakan pengecas 45W berasaskan USB-C. Seperti Nintendo Switch, ia turut menyertakan sejumlah butang kawalan untuk memudahkan anda memainkan permainan kegemaran anda pada Steam Deck. Menariknya juga, pengguna boleh menghubungkan Steam Deck ini ke paparan bersaiz besar lain seperti TV atau monitor.

Steam-Deck-01-950x594.jpeg.webp

Dalam memudahkan kawalan permainan, Steam Deck menyertakan skrin sentuh, selain kawalan trackpad dan juga sokongan gyro.

Steam-Deck-02-950x594.jpeg.webp

Memandangkan ia berasaskan Linux, maka pengguna turut boleh memasang sejumlah perisian, menggunakannya untuk melayari web, mahupun menonton penstriman video. Valve mengatakan Steam Deck ini akan ditawarkan di Amerika Syarikat, Kanada, EU, dan UK bermula penghujung tahun ini, dan diikuti negara lain pada 2022. Steam Deck disenaraikan pada harga bermula $399 iaitu sekitar RM1676.

Steam-Deck-Rekaan-950x1270.jpeg.webp
 
Steam Deck Akan Hadir Dengan Mod 30FPS Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Dua minggu lepas, Valve telah memperkenalkan konsol permainan terbaru mereka yang dinamakan Steam Deck, yang memperlihatkan komponen komputer gaming yang dimuatkan dalam sebuah konsol mudah-alih yang menyerupai Nintendo Switch.

Dikuasakan oleh SoC AMD, Steam Deck menggerakkan sistem operasi SteamOS yang secara ringkasnya hadir dengan antaramuka Steam yang membolehkan pengguna untuk membeli dan memainkan permainan-permainan komputer kegemaran mereka dari mana-mana sahaja.

SteamDeck-Kereta-950x534.jpg


Terkini, pihak Valve mengesahkan bahawa walaupun Steam Deck hadir dengan kemampuan untuk menggerakkan permainan pada resolusi 720p dengan tetapan yang tinggi, ia turut akan hadir dengan mod 30FPS yang akan membantu dalam memanjangkan jangka-hayat konsol tersebut apabila digunakan untuk memainkan permainan komputer kegemaran mereka.

Ini khususnya cukup berguna untuk mereka yang bermain permainan komputer yang tidak mempunyai grafik yang begitu canggih dan tidak memerlukan kadar bingkai yang tinggi untuk dimainkan dengan selesa.

Malah, Pierre-Lou Griffais, seorang pengaturcara di Valve mengatakan bahawa 30FPS ini merupakan prestasi lantai untuk Steam Deck, yang mana beliau mengatakan bahawa kebanyakan permainan yang diuji pada konsol ini memperlihatkan prestasi yang jauh lebih baik sekiranya jangka hayat bateri tidak dihiraukan.

Pra-tempah untuk Steam Deck ini telahpun dibuka untuk beberapa pasaran terpilih, dimana ia akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember kelak.​
 
Back
Top
Log in Register