BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Staf hospital maut rempuh lori

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan hospital maut apabila motosikal ditungganginya merempuh belakang lori di Kilometer 24.5, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Ramdan Abu Bakar, 28, menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Jalan Duta di laluan kecemasan gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar kon serta papan tanda sebelum merempuh belakang lori penyelenggara lebuh raya Propel.

lc_zps3982a51e.jpg


Menurut sumber, ketika kejadian kontraktor sedang berkemas selepas selesai menyelenggarakan papan tanda.


"Mangsa melanggar papan tanda jalan yang baru hendak dibawa naik ke atas lori," katanya.

Katanya, mangsa kakitangan Hospital Ampang Puteri itu, dalam perjalanan ke tempat kerja parah di muka maut di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kes itu.

sumber
 
Last edited:
takziah buatkeluarga.Allah lebih menyayangi arwah.al fatihah
 
innalillah...

** gagal mengawal motorsikal tu, bwa laju sgt agaknya..
mungkin dah terlewat ke tempat kerja...
 
kejadian jam 1.30 tengah hari itu,

peak hour...masa tu la dia nak selenggara
 
Inna lillahi wa inna lillahi raji'un...bile sampai masa takkan dilewatkan walau sedetik pun...
 
Back
Top
Log in Register