BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stadium Penyu Runtuh

Camana pun syukur dia runtuh harini, bukan esok. Dengar esok ada acara antara universiti2. Kalau tidak.....korang bayangkan sendiri!!!....
 
Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Jun 2, 09 11:03am

Bumbung di bahagian tempat duduk VIP Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang baru dirasmikan oleh Sultan Terengganu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.
Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.
Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.


05d0ed8d5f1eb2b13bf010821b3cdaa5.jpg


3333.jpg


==========================
Baru aku tau... Ada model baru perodua kancul..:eek::eek::eek::eek:
 
Camana pun syukur dia runtuh harini, bukan esok. Dengar esok ada acara antara universiti2. Kalau tidak.....korang bayangkan sendiri!!!....

Tak dapat dibayangkan... tentu akan menjadi sejarah paling hitam 2009 :mad: nauzubillah
 
salam..... Berkat Kata : ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU, syukran tiada JIWA yang terlibat.... Alhamdulililah...:)
 
syukur x de sape yg terbunuh..
 
Mujor

salam..... Berkat Kata : ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU, syukran tiada JIWA yang terlibat.... Alhamdulililah...:)

Dang gop g tengok tadi...tgk dari jauh jer ler...
Tp.. mujor tadok orang cedera... mujor kena kereta motor jer..
mujor bukan masa ada game situ....mujor...mujor...mujorrr...

ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
Selit citer pasal mujor skit..

Mujo or mujur in Standard Bahasa means "fortunate" or "lucky". In Terengganu it means more than that.
Mujo is an attitude, a testament to the optimism of the Terengganu folks.

Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek? (How is your brother Mek?)
Mok Teh Som : Bakpe pulok adik dia? (What happened to her brother?)
Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som? (You don't know Som?)
Mok Teh Som : Dok tau setarang kita. (I don't know anything)
Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kena langgor lori kemareng. (Mek's brother was knocked down by a lorry yesterday)
Mek Beso : Bukang lori Mok Long, beng ikang! (It wasn't a lorry Mok Long, it was a fish van)
Mok Long Selamoh: Mujo bukang lori! (Lucky it wasn't a lorry)
Mok Teh Som : Pah tu? Terok ke? (Then? Was he seriously injured?)
Mek Beso : Kaki patah sebelah...... (One leg was broken)
Mok Teh Som : Mujo dok patoh dua dua (Lucky both legs weren't broken)
Mok Long Selamoh : Tu pong mujo dreba beng dang brek. (It was lucky that the van driver braked in time)
Mek Beso : Mujo beng tu dok laju.. (Lucky the van wasn't going fast..)
(Fade to black.)
If both legs were broken, the response would be "Mujo dok pecoh pala"(Lucky the head wasn't broken).
If the head WAS broken, the response would be "Mujo dok mati" (Lucky he didn't die).
If the worst happened and the brother died, the mujo would still surface. "Mujo lah bukang adik kita" (Lucky it wasn't my brother).
 
syukurlah semuanya selamat ...
 
aku update skit gambar yang aku ambik kul 9.00 pagi tadi..

1_272104010l.jpg

1_730464231l.jpg

1_454153528l.jpg

1_113068385l.jpg

1_335189942l.jpg

1_146390969l.jpg

1_801873044l.jpg

1_406361311l.jpg

1_710838301l.jpg
 
Last edited:
Camana pun syukur dia runtuh harini, bukan esok. Dengar esok ada acara antara universiti2. Kalau tidak.....korang bayangkan sendiri!!!....

Betul tu bro...esok ada acara perasmian sukan staf IPTA..UMT sebagai tuan rumah taun ni......nasib baik runtuh awal...kalau x tak tau le nasib kawan2 aku yg attend game tu
 
Back
Top
Log in Register