BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SSDU, EER Digital Teroka Projek Rintis Pusat Data Mampan Di Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SSDU, EER Digital Teroka Projek Rintis Pusat Data Mampan Di Selangor​

1733999113d384b01ef3b65c52c6f7656a4e5905cac92

d95443d43b8823a91453e55a4fd646b76a4e5a0e04fcd

b49ea647fbe8252b929379754929e6976a4e596506976

df282d7624842e0da9c99de549759f826a4e59a91357b

43d0e6f585286e0090a96c2e1c811f726a4e58e3d77c1

Foto kredit: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)

SSDU Innovations Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) memeterai memorandum kerjasama (MoC) bersama EER Digital Sdn Bhd bagi meneroka pembangunan Projek Rintis Pusat Data Mampan untuk negeri berkenaan, sekali gus memperkukuh pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang mampan.

SSDU menerusi kenyataan memaklumkan MoC itu diadakan sempena Pameran dan Persidangan AIBP Malaysia 2026 di sini, yang menghimpunkan pemimpin korporat, kerajaan dan teknologi bagi membincangkan transformasi digital, penggunaan AI, keselamatan siber serta inovasi berteraskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Menurut kenyataan itu, kerjasama itu turut menandakan permulaan penerokaan SSDU terhadap infrastruktur AI berketumpatan tinggi, termasuk teknologi penyejukan rendaman unit pemprosesan grafik (GPU).

Ketua Pegawai Eksekutif SSDU Gaddafi Musli berkata kerjasama itu adalah langkah pertama Selangor menerusi SSDU untuk mengkaji bagaimana infrastruktur AI berketumpatan tinggi boleh dibangunkan secara bertanggungjawab dengan elemen kemampanan, tadbir urus dan nilai awam diterapkan sejak peringkat awal.

“Peranan SSDU adalah untuk menyelaras, menilai dan menghimpunkan pemegang taruh yang tepat supaya Selangor dapat membuat keputusan terbaik dalam sebarang perancangan ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, MoC berkenaan membolehkan kedua-dua pihak meneroka aspek kebolehlaksanaan, keperluan teknikal, metrik kemampanan serta rangka kerja tadbir urus bagi projek rintis yang berpotensi menyokong infrastruktur pengkomputeran sedia AI, di samping mengurangkan impak alam sekitar yang lazimnya dikaitkan dengan operasi pusat data berketumpatan tinggi.

Kenyataan itu memaklumkan, projek rintis itu akan menilai keupayaan teknologi penyejukan rendaman dalam menyokong beban kerja AI berintensifkan GPU dengan memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga, penggunaan air, keperluan ruang, keselamatan, kesediaan operasi, keselamatan siber, aplikasi sektor awam serta kebolehskalaan jangka panjang.

Kedua-dua pihak juga dijangka menubuhkan kumpulan kerja teknikal bersama bagi membangunkan pelan tindakan projek, namun SSDU menegaskan MoC itu hanya bersifat penerokaan dan tidak membawa maksud keputusan pelaksanaan berskala penuh atau pemberian perolehan.

 
Back
Top
Log in Register