revolver
Active+ Member
- Messages
- 3,143
- Joined
- Nov 23, 2009
- Messages
- 3,143
- Reaction score
- 110
- Points
- 33
Akhirnya spyshot pertama motosikal Yamaha 135LC generasi terbaru telah muncul jua akhirnya. Motosikal ini telah pun dilancarkan di negara jiran tahun lepas jadi sebab itu saya menjangkakan bahawa motosikal ini pasti akan tiba juga di pasaran tempatan. Spyshot yang diperolehi ini menunjukkan model 135LC 2011 itu sedang dipandu uji di atas lebuh raya PLUS, lokasinya macam pernah tengok pulak.
Menariknya model ini ialah ianya dilengkapi brek cakera belakang, tayar lebih lebar, rupa bentuk lebih mantap dan terbaik sudah tentunya gear 5 kelajuan. Dari info yang saya dapat, Yamaha 135LC terbaru ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Jadi kepada yang berangan-angan untuk membeli tu, simpan duit terlebih dahulu kerana harga motosikal ini rasanya lebih mahal dari model sebelumnya.
sumber: klik
