BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Tangkap Tiga (3) Pegawai Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
20.09.2021 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap "seorang bekas ketua jabatan."

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku. Ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021," kata suruhanjaya antirasuah itu pada satu kenyataan hari ini.

SPRM juga menegaskan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan. Ini beberapa jam selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan menafikan polis menerima sebarang laporan mengenai tiga pegawai SPRM berkenaan.

Kenyataan polis pagi ini susulan hantaran viral baru-baru ini mengenai bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah (CBT) membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan. SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu. Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam perbicaraan kes pada April tahun ini.

Terdahulu, laporan viral itu mendakwa ketika Hasanah berusaha mendapatkan wangnya, dia mendapati hanya sebahagian wang yang tertinggal dan selebihnya diganti dengan wang kertas palsu.​

1632108420030.png
 
PARLIMEN | Ahli Parlimen Puchong desak kes tangkapan pegawai kanan SPRM berhubung kecurian wang Hasanah dijalankan badan bebas serta telus.

1632141387879.png


'Adakah SPRM siasat SPRM sendiri?'


Diterbitkan: Sep 20, 2021 7:57 PM


PARLIMEN | Tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas tiga pegawai kanannya mendapat perhatian Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini.

Menurut Gobind langkah diambil agensi antirasuah itu mendatangkan tanda tanya kerana kes kecurian bukan terletak dalam bidang kuasa SPRM sebaliknya Polis Diraja Malaysia.

"Jadi mengapa SPRM yang buat tangkapan dan penahanan. Ini adalah perkara yang melibatkan pegawai SPRM.

"Adakah SPRM menyiasat SPRM sendiri?" katanya semasa membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.





Terdahulu SPRM mengesahkan menahan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan urusan kes membabitkan "seorang bekas ketua jabatan."

Menurut kenyataan SPRM tiga pegawai berkenaan ditahan reman selama enam hari selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Putrajaya.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan menafikan polis ada menerima laporan mengenai tangkapan tiga pegawai SPRM.

Kenyataan polis itu hadir ekoran dakwaan tular mengenai bekas ketua pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang didakwa dalam kes pecah amanah membabitkan RM50.4 juta dana kerajaan.

Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dalam perbicaraan pada April lalu.

Laporan tular itu mendakwa ketika Hasanah berusaha mendapatkan wangnya, dia mendapati sebahagian daripadanya diganti dengan wang kertas palsu.

Gobind juga membangkitkan persoalan sama ada tangkapan tersebut serta kecurian wang berkenaan mempunyai kaitan dengan mana-mana pegawai kanan SPRM.

"Dan SPRM buat kenyataan supaya jangan ada spekulasi, tapi kenyataan yang dikeluarkan tanpa butiran (lanjut) akan mendorong rakyat membuat spekulasi," katanya lagi.

Bekas menteri komunikasi dan multimedia itu juga beranggapan apa yang berlaku itu menunjukkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob gagal menunjukkan kesungguhannya melaksanakan pembaharuan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Katanya kerajaan tidak boleh membiarkan sesebuah agensi menjalankan siasatan sesama mereka sendiri.

"Ini bukan lawak jenaka, (ia) perlu disiasat oleh badan yang bebas dan telus," katanya.


 
Laporan tular itu mendakwa ketika Hasanah berusaha mendapatkan wangnya, dia mendapati sebahagian daripadanya diganti dengan wang kertas palsu.

lihatla malaysia... kemana wawasan 2020.... ape la yg akan jadi kt malaysia lagi 20thn klu gini je perangai
 
Ketua Pasukan Rasuah Buster, Datuk Hussamuddin Yaacub gesa satu pasukan khas PDRM ditubuhkan untuk siasat secara bebas dakwaan kecurian barang kes wang tunai sebanyak AS$6 juta oleh pegawai SPRM.

Tubuh pasukan khas PDRM siasat dakwaan pegawai SPRM curi AS$6 juta

| | 20 September 2021



1632149790553.png

Hussamuddin gesa satu pasukan khas PDRM ditubuhkan untuk siasat secara bebas dakwaan kecurian barang kes wang tunai sebanyak AS$6 juta oleh pegawai SPRM.


SHAH ALAM - Ketua Pasukan Rasuah Buster, Datuk Hussamuddin Yaacub menggesa satu pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas mengenai dakwaan kecurian barang kes wang tunai sebanyak AS$6 juta oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hussamuddin berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki harus bertanggungjawab di atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang bekas ketua jabatan SPRM itu dan beliau perlu digantung tugas dalam tempoh siasatan tersebut.

"Harapkan pagar, pagar makan padi. Inilah perumpamaan yang tepat buat kes terbaru melibatkan kecurian barang kes wang tunai AS$6 juta oleh pegawai dalaman SPRM sendiri.

"Ketua Pesuruhjaya SPRM harus dipertanggungjawab dan digantung tugas sepanjang siasatan berjalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, tular laporan di sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari bermula 14 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Individu disiasat terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai dirampas namun mendapati ia adalah wang palsu.

Penulis blog itu mendakwa individu itu membuat satu laporan polis.



Dalam pada itu ujar Hussamuddin, pihaknya menggesa agar ahli-ahli Parlimen dan kerajaan meluluskan segera enam tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang diumumkan pada 11 September lalu.

Jelas beliau, wujudnya kes-kes sedemikian menjadikan tuntutan Rasuah Busters dan ahli gabungannya untuk melakukan pembaharuan struktur di mana SPRM dan Peguam Negara perlu segera dibebaskan dari kuasa politik serta diletakan di bawah Parlimen.



 

Biar kami bahas usul 3 pegawai SPRM seleweng wang, Anwar beritahu Azhar​


September 22, 2021 1:00 PM

FMT-anwar-ibrahim-nelson-mandela-day-palace-18072019-5.jpg


Anwar Ibrahim memohon usul untuk membahaskan kes tiga pegawai SPRM ditahan atas dakwaan penyelewengan wang dibahaskan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan dari sudut keberkesanan tindakan diambil kerajaan.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menerima usul untuk membahaskan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan atas dakwaan penyelewengan wang.
Usul itu dibawakan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) pagi tadi kepada Azhar.

“Sementara Speaker Dewan Rakyat teliti (usul dibawa Fahmi), saya pohon sedikit pertimbangan.
“Kes ini antara yang agak serius. Kebelakangan ini bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM, ini pagar makan padi, melibatkan polis sebab sudah jadi urusan polis.

“Saya pohon beri ruang perkara ini dibahaskan supaya kita dapat penjelasan tentang permasalahan ini dari sudut keberkesanan tindakan diambil oleh kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Fahmi memohon usul itu diterima dan dibahaskan kerana terdapat kesan ke atas sesebuah institusi dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, katanya, ia melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan.

“Saya pohon dipertimbangkan usul ini dibenarkan. Isu penangkapan tiga anggota SPRM merupakan kes berat dan besar.”


Azhar berkata, beliau baru meneliti usul yang dibawakan Fahmi itu pagi tadi.

“Saya akan menulis surat kepada Yang Berhormat (Fahmi) hari ini juga, sebelum 2.30 petang.”

Isnin lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang lebih RM25 juta dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman enam hari sejak 14 Sept lalu.


 

Polis panggil 3 pegawai SPRM didakwa seleweng wang​


September 23, 2021 3:15 PM

logo-sprm-update-fmt-1.jpg


PETALING JAYA: Polis akan memanggil tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.


Semalam, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meminta siasatan kes itu dipercepatkan, selain bersetuju ia diklasifikasikan sebagai kes curi.

BERITA LANJUT MENYUSUL


 
1632386235561.png


Bukit Aman panggil Hasanah, 3 pegawai kanan SPRM
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Sep 23, 2021 4:24 PM


Polis Diraja Malaysia akan memanggil tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya juga turut akan memanggil pemilik wang berkenaan, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

"Kesemua mereka akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan dan mereka dipanggil berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.


ADS

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata PDRM telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang diterima berkaitan isu berkenaan.

Hamzah berkata kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan terbabit dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan.

Sementara itu Abd Jalil berkata proses permohonan ekstradisi Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat masih sedang berjalan.

Beliau berkata proses ekstradisi usahawan kosmetik itu melibatkan Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand masih dipergiat.

“Ya ia masih berjalan dan permohonan itu merupakan sebahagian daripada prosesnya,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pihak berkuasa Thailand kononnya tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi Muhammad Sajjad, 36, yang kini ditahan pihak Imigresen Thailand kerana memiliki passport tidak sah.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kesalahan jenayah antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan halang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina.

Beliau turut dikehendaki selepas waran tangkapnya dikeluarkan kerana gagal hadir di sebutan semula pertuduhan kerana berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

- Bernama


 
Back
Top
Log in Register