BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Sertai 14 Negara Tumpaskan Forum Kebocoran Data "LeakBase"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bersama agensi penguatkuasaan dari 14 negara, telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan bersepadu, menyasarkan individu-individu yang dikaitkan dengan forum kebocoran data jenayah siber dikenali sebagai LeakBase.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi yang menghimpunkan rakan penguatkuasaan antarabangsa itu berjaya menumpaskan infrastruktur jenayah siber yang berkait dengan LeakBase serta melumpuhkan rangkaian pengguna globalnya

"Operasi itu melibatkan tangkapan, serbuan rumah serta tindakan ‘knock-and-talk’ merentasi pelbagai bidang kuasa dan telah dianjur serta diselaraskan oleh Europol di ibu pejabatnya di The Hague," menurut SPRM.

Pada Selasa lepas, SPRM menyertai operasi antarabangsa itu bersama agensi penguatkuasaan utama termasuk Federal Bureau of Investigation (FBI), U.S. Department of Justice, National Crime Agency (United Kingdom), Kosovo Police, Police Scotland, Polícia Judiciária (Portugal), Australian Federal Police, Federal Criminal Police Office (Jerman), Policía Nacional (Sepanyol), Federal Police (Belgium) serta Central Cybercrime Bureau (Poland).

Menurut kenyataan itu, sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan Bahagian Operasi Khas SPRM telah melaksanakan waran geledah di sebuah syarikat penyedia pengehosan web, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Pemeriksaan forensik siber mengesahkan bahawa forum LeakBase telah beroperasi secara aktif melalui pelayan yang dihoskan di premis itu, sekali gus membawa kepada penyitaan bahan bukti digital serta penutupan domain forum berkenaan," menurut kenyataan itu.

Forum LeakBase, yang aktif sejak 2021, berfungsi sebagai platform dalam talian untuk memperdagangkan data curi yang digunakan dalam aktiviti jenayah siber.

Siasatan mendapati platform berkenaan mengandungi sejumlah besar data akses akaun yang telah dikompromi, termasuk gabungan e-mel dan kata laluan yang sering digunakan untuk pengambilalihan akaun, penipuan serta aktiviti jenayah siber lain.

Forum itu mempunyai lebih daripada 142,000 ahli berdaftar dan melebihi 215,000 mesej, dengan arkib pangkalan data yang digodam daripada pelbagai serangan siber berprofil tinggi.

 
Back
Top
Log in Register