BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM serbu Invoke

Khairul Azri

· 14m ·

"Saya tak rasa saya cakap begitu, biasa lah berita politik nak jual surat khabar. Apa yang saya katakan adalah apabila tukar kerajaan, bukti mestilah tanpa campur tangan semua orang mesti bebas dari pengaruh dalam menjalankan tugas, bukan Azam Baki sahaja, semua orang, termasuk saya. Bila ada kebebasan, imbang dan semak semuanya akan menjadi baik, Undang-undang akan terjaga dengan sendirinya. Terpakai untuk semua" - Rafizi Ramli

Menjawab soalan wartawan mengenai tangkap Azam Baki.

1670207532418.png

betul xjadi ambik
sembang je lebih
 
Kerajaan tidak akan ‘kejar’ Azam Baki tapi pastikan SPRM bebas, kata Rafizi​

December 5, 2022 10:29 AM

azam-baki-bernama-090922-1.jpg
Ketua SPRM Azam Baki didakwa melakukan serbuan ke atas Invoke Solutions Sdn Bhd milik Rafizi Ramli ‘atas arahan BN’. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan baharu tidak akan mengejar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, tetapi akan memberi tumpuan untuk memastikan kebebasan badan anti-rasuah itu.

“Keutamaan adalah untuk memastikan semua bebas. Setelah kita pastikan tiada campur tangan dan semua bebas, maka semua harus berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bulan lalu, Rafizi dipetik media sebagai berkata bahawa Pakatan Harapan akan mencari ketua SPRM atas dakwaan “penganiayaan politik” dalam menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Rafizi mendakwa semasa ceramah di Johor bahawa serbuan SPRM terhadap Invoke dilakukan atas arahan Barisan Nasional (BN) untuk menghalangnya daripada membuat kemunculan semula di Parlimen melalui pilihan raya umum.

BERITA LANJUT MENYUSUL
 
Bila dalam kerajaan gabungan ni banyak benda kena compromise. Tak boleh cakap ikut suka je.
 
Tak merasa la orang panggil Yang Berhormat Menteri.....rugilah takde nama, takde kuasa,
 
Back
Top
Log in Register