afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,338
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,338
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Tak cukup keterangan tuduh Xavier, kata SPRM
SPRM berkata siasatan ke atas bekas menteri air, tanah dan sumber Asli, Xavier Jayakumar, dijalankan susulan penahanan rakan rapat, M A Thinagaran, pada 2021 atas dakwaan rasuah berkait projek kementerian pada 2019.
SPRM dalam kenyataan, berkata dua kertas siasatan melibatkan bekas menteri air, tanah dan sumber asli itu telah dibuka pada 2021 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
“Setelah siasatan dan penelitian terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan dilaksanakan, timbalan pendakwa raya telah membuat keputusan ‘kemas untuk simpan’ (KUS) kes tersebut pada 2024 kerana tiada keterangan mencukupi untuk menuduh Xavier,” katanya.
SPRM berkata, tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapat, meneliti, dan mengesahkan maklumat serta keterangan berkaitan.
Katanya, setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus, dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara berkenaan memandangkan siasatan telah selesai.”
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Kua Kia Soong, mempersoalkan status siasatan itu sambil menyatakan ketiadaan kejelasan mewujudkan jurang kebertanggungjawaban, selain menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti institusi yang bertanggungjawab menyiasat amalan rasuah.
Baru-baru ini, Xavier mengesahkan kembali ke pangkuan PKR selepas lima tahun selepas meninggalkan parti itu semasa PKR menjadi pembangkang.
Beliau kemudiannya menyokong pentadbiran perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, sebagai Ahli Parlimen bebas.
Pada 2022, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), namun tidak mendedahkan alasan keluar PKR atau menyertai parti baru berkenaan.
Ketika meletak jawatan daripada PKR, Xavier sedang disiasat SPRM susulan penahanan rakan rapatnya, M A Thinagaran.
Thinagaran ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek dianugerahkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada 2019, ketika Xavier memimpin kementerian tersebut di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Kali terakhir kes dilaporkan secara terbuka adalah pada Mac 2022, di mana siasatan SPRM terhadap Xavier dinyatakan masih berjalan.
