BTC USD 80,428.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM serbu Invoke

Rafizi berkata dia mengalu-alukan siasatan SPRM namun mengingatkan ia hanya akan membuang masa. https://cstu.io/4742b3

1668151387980.png


'Siasat aset saya macam siasat mak cik jual nasi lemak sebab laku'


Diterbitkan: Nov 11, 2022 3:13 PM

Dikemaskini: 3:13 PM




Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dia mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung pengisytiharan asetnya selepas NGO Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia membuat laporan terhadapnya semalam.

Presiden NGO itu Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz mahu SPRM meneliti pegangan Rafizi dalam syarikatnya Invoke Solutions Sdn Bhd, yang disenaraikan sebagai bernilai RM16.7 juta.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, ia akan membazir masa SPRM kerana isu itu tidak akan berada di bawah bidang kuasa agensi itu, mengikut Akta SPRM.

"Saya sangat alu-alukan kalau SPRM nak datang siasat, cuma buang masa SPRM lah," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.




Jelasnya, kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM adalah sesuatu yang melibatkan seseorang di pejabat awam atau di dalam perbadanan yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepada mereka untuk tujuan memperkayakan diri.

"Itu syarikat saya, saham saya. Dia tak melibatkan kontraktor ke, dia tak libatkan kontrak kerajaan atau pegawai kerajaan.

"Jadi ia hampir seperti SPRM kena pergi siasat mak cik jual nasi lemak sebab nasi lemak dia laku.

"Jujurnya, saya terhibur, tapi saya lebih bimbang contohnya kalau SPRM menghabiskan masa," katanya.




Rafizi berkata dia telah menjelaskan perkara ini beberapa kali tetapi kemungkinan besar Syed Mohammad tidak faham bagaimana saham berfungsi.

Rafizi mengulangi bahawa RM16.7 juta aset yang dia ada dalam Invoke hanyalah "di atas kertas", kerana itu adalah nilai semasa saham yang dimilikinya dalam syarikat berkenaan.

Jelasnya, ia tidak bermakna dia mempunyai RM16.7 juta dalam akaun banknya.

"Jadi dia tak timbul soal ini, mana datang RM18 juta ni, sebab duit tu tak ada. Duit tu syarikat. Duit saya dalam bank, RM63,000. Duit saya dalam KWSP ada RM1 juta lebih. Itu saja," kata Rafizi.

Justeru, Rafizi berkata dia tidak kisah siasatan daripada SPRM ke atas asetnya, namun bimbang ia membuang masa SPRM terutamanya apabila terdapat isu yang lebih besar untuk agensi antirasuah itu perlu teliti.

“Kita mempunyai banyak kes untuk disiasat jadi jika SPRM tiba-tiba datang untuk menyiasat saya, jelas ia akan menjadi bahan jenaka negara.

“Jadi saya sanggup kalau SPRM nak siasat saya, tiada masalah. Saya boleh menjamu mereka dengan nasi lemak, tetapi apa yang mereka akan dapati hanyalah kira-kira RM63,000 dalam akaun bank saya,” kata Rafizi.

Rafizi telah mengisytiharkan hartanya sebelum bertanding di kawasan parlimen Pandan, diikuti oleh calon PKR yang lain pada PRU ke-15.

Timbalan presiden PKR itu berkata ini adalah untuk memupuk kepercayaan orang ramai terhadap wakil rakyat mereka semula.
 
Siasatan berhubung perkara itu setakat ini akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#AWANInews
#aWANI745
#MalaysiaMemilih

Aset Rafizi: KDN hanya siasat jika terdapat keperluan - Hamzah​

Bernama
November 11, 2022 15:34 MYT
Aset Rafizi: KDN hanya siasat jika terdapat keperluan - Hamzah

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara sebelum itu menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pandan. - Fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri hanya akan melakukan siasatan jika terdapat keperluan berhubung aset milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan berhubung perkara itu setakat ini akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau satu agensi ambil tindakan maka biar satu agensi dahulu yang ambil tindakan. Bila diperlukan baru kita ambil tindakan," katanya ketika ditanya pemberita adakah polis akan melakukan siasatan terhadap Rafizi berhubung perisytiharan hartanya.

Semalam, media melaporkan SPRM akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta dilakukan Rafizi.

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara sebelum itu menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pandan.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz mempersoal deklarasi aset Rafizi dengan RM16 juta diperoleh melalui pegangan saham dalam syarikat yang diasaskannya sendiri.


Sementara itu, Hamzah berkata sebanyak 92 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat semalam, merangkumi pelbagai kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan penyalahgunaan media sosial.

"Kita sedang buat siasatan dan kesalahan dalam akta lain akan kita teliti. Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku seperti rusuhan," katanya.

Terdahulu, Hamzah melancarkan pas digital (ePASS) pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini hari ini.
ePASS ialah perkhidmatan dalam talian dan digital terbaharu Jabatan Imigresen yang membolehkan majikan mencetak sendiri pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja mereka.
-- BERNAMA
 
Siasatan berhubung perkara itu setakat ini akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#AWANInews
#aWANI745
#MalaysiaMemilih

Aset Rafizi: KDN hanya siasat jika terdapat keperluan - Hamzah​

Bernama
November 11, 2022 15:34 MYT
Aset Rafizi: KDN hanya siasat jika terdapat keperluan - Hamzah

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara sebelum itu menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pandan. - Fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri hanya akan melakukan siasatan jika terdapat keperluan berhubung aset milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan berhubung perkara itu setakat ini akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau satu agensi ambil tindakan maka biar satu agensi dahulu yang ambil tindakan. Bila diperlukan baru kita ambil tindakan," katanya ketika ditanya pemberita adakah polis akan melakukan siasatan terhadap Rafizi berhubung perisytiharan hartanya.

Semalam, media melaporkan SPRM akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta dilakukan Rafizi.

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara sebelum itu menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pandan.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz mempersoal deklarasi aset Rafizi dengan RM16 juta diperoleh melalui pegangan saham dalam syarikat yang diasaskannya sendiri.


Sementara itu, Hamzah berkata sebanyak 92 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat semalam, merangkumi pelbagai kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan penyalahgunaan media sosial.

"Kita sedang buat siasatan dan kesalahan dalam akta lain akan kita teliti. Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku seperti rusuhan," katanya.

Terdahulu, Hamzah melancarkan pas digital (ePASS) pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini hari ini.
ePASS ialah perkhidmatan dalam talian dan digital terbaharu Jabatan Imigresen yang membolehkan majikan mencetak sendiri pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja mereka.
-- BERNAMA

kerajaan kena lebih jelas berkenaan penubuhan syarikat individu2 berkaitan politik ni supaya senang bakal2 YB nak cari jalan dapatkan dana2 politik.. kalau penubuhan2 yayasan boleh mengundang ketidaktelusan dalam pendanaan politik kerajaan boleh guide ahli politik untuk buat syarikat macam rafizi ni, terma 'pelaburan' mungkin lebih selamat dan memudahkan dana2 politik disalur pada ahli politik tanpa prejudis..
 


SPRM serbu pejabat, siasat Invoke Solutions, dakwa Rafizi​


November 16, 2022 8:36 AM

Rafizi-ramli-kempen-pkr-fmt-3.jpg
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti didedahkan sebelum ini.

PETALING JAYA: Syarikat data Invoke Solutions Sdn Bhd, yang diasaskan Rafizi Ramli, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dakwa timbalan presiden PKR itu.

Tindakan itu mengundang persoalan Rafizi kerana beliau mendakwa SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti yang didedahkannya sebelum ini.

“Hari ini, sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat.

“Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas timbalan menteri pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.



“Satu sen pun yang membabitkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan.

“(Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai 9 malam tadi masih kena kacau,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan meneruskan pendedahan mengenai skandal projek tebatan banjir Sungai Langat 2, yang didakwa membabitkan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rafizi mendakwa, beliau mempunyai bukti lain yang menunjukkan projek itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan, tindakan yang melanggar undang-undang.

“Saya nak tengok, apa Azam Baki dan SPRM jawab lepas ini. Tuan Ibrahim ingat saya mempunyai satu atau dua dokumen.

“Selalunya, kalau saya mula dedah sesuatu, saya boleh heret sampai berbulan-bulan,” katanya.

Rafizi sebelum ini menuntut penjelasan Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Beliau mendakwa, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender terbabit secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Okt 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa surat yang ditunjukkan Rafizi itu bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain menyebut bahawa surat itu dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.
 

Najib Razak

5m ·

Ramai yang mula memerhati syarikat Invoke setelah Rafizi membuat deklarasi aset tinggi yang amat mengejutkan serta penjelasan selanjutnya yang tidak menyakinkan malah meragukan.

Dia kata nilai aset bersih dia naik mendadak pada tahun ini sebab nilai syarikat Invoke yang rugi memanjang telah naik mendadak sehingga bernilai RM105 juta.

Dia turut mendedahkan bahawa kenaikan nilai aset mengejut adalah susulan Invoke menerima pelaburan yang amat besar sekitar RM20 juta pada tahun ini - menyebabkan nilai aset Invoke naik mendadak dari defisit tahun lepas ke positif RM19 juta tahun ini.

Biarpun Rafizi nak bandingkan syarikat dia dengan syarikat seperti Grab atau Facebook namun realitinya ialah syarikat dia hanya sekadar syarikat yang memberi khidmat online marketing biasa-biasa sahaja yang kurang scalable sebab banyak bergantung kepada tenaga kerja.

Ini menyebabkan ramai netizen mula menyiasat syarikat Invoke secara mendalam.

Netizens mendapati bahawa antara pelabur terbesar ialah sebuah syarikat yang dinamakan "Invoke Partners Ltd (Taiwan)" yang sukar dikesan.

Netizens turut kesan bahawa satu daripada tiga orang ahli lembaga pengarah yang juga pemilik saham Invoke ialah seorang yang bernama Andew Claster.

Mr Claster ini adalah salah satu pengarah utama kempen pilihan raya parti Demokrat Amerika Syarikat.
Ianya adalah pengetahuan umum bahawa parti PH disokong kuat oleh Amerika Syarikat.

Presiden bagi agensi NED (yang dipisahkan dari CIA) Amerika Syarikat juga pernah menamakan Anwar sebagai antara rakan utama agensi tersebut pada tahun 2019.
https://www.ned.org/introduction-of-anwar-ibrahim/

Selepas PRU14, presiden agensi IRI Amerika Syarikat juga pernah mendedahkan bahawa mereka sudah lama menyokong dan membantu PH dan pernah melawat Jabatan Perdana Menteri sebaik sahaja PH menang PRU14.
"August 2018: Republican-linked group: 'Long game' with M'sian opposition paid off
https://www.malaysiakini.com/news/437655

Sebab itu, ramai netizens syaki bahawa peningkatan nilai aset susulan pelaburan besar ke dalam Invoke mungkin merupakan satu usaha bagi pengaliran dana politik asing serta pengubahan wang haram (AMLA).

Maka SPRM pun mengambil tindakan setelah beberapa orang membuat laporan terhadap Invoke.


1668565713233.png
 

Bukan serbu, hanya siasatan biasa terhadap aset Rafizi, kata SPRM​


November 16, 2022 1:00 PM

azam-baki-bernama-290922-1.jpg
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan agensi itu menyiasat Rafizi Ramli berhubung pemilikan aset diumumkannya pada 2 Nov lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata kehadiran empat pegawai agensi itu di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, pada Selasa, hanya siasatan biasa bukannya serbuan.

Katanya, kehadiran pegawai SPRM itu merupakan prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi, minggu lalu.

“Tiada serbuan sebaliknya siasatan biasa, hanya empat orang pegawai SPRM hadir untuk menemubual kakitangan dan ambil dokumen berkaitan kewangan sahaja.

“Tiada kakitangan yang ditahan dalam siasatan tersebut dan mereka semuanya dilihat tidak tertekan dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang keberadaan pegawai SPRM di pejabat tersebut,” katanya menurut Astro Awani.




Hari ini, menurut laporan Berita Harian, Rafizi mendakwa SPRM menyerbu pejabatnya ketika beliau berkempen, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.

“Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia (SPRM) tak siasat.

“Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Abdul) Latiff Ahmad (bekas timbalan menteri pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi.

SPRM sebelum ini memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung pengisytiharan harta oleh calon Parlimen Pandan itu selepas satu laporan dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu.

Pada 2 Nov, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Beliau berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk berbuat demikian.
 
Back
Top
Log in Register