zackpenang
Banned

- Messages
- 7,236
- Joined
- Jan 9, 2010
- Messages
- 7,236
- Reaction score
- 1,891
- Points
- 151
PRU-15: SPRM perlu siasat Rafizi
Putrajaya: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta sebanyak RM18.85 juta yang diisytiharkan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM), Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, beliau 'tabik' kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mengisytiharkan harta.
Namun, katanya tersebar di media sosial yang mengaitkan Rafizi menerima wang dari syarikat yang diasaskannya sendiri, Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke).
"(Jadi) SPRM perlu siasat dana lebih RM16 juta yang masuk ke dalam syarikat itu, sedangkan Invoke rugi tiga kali dan hanya untung dua kali sejak ditubuhkan pada 2016.
"Sekiranya benar Rafizi terbabit dengan pengubahan wang haram beliau tidak layak bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membatalkan penyertaannya dalam PRU-15," katanya kepada pemberita ketika membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Pada 2 November lalu media melaporkan, Rafizi menjadi individu pertama mengisytiharkan harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.
Pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada PRU-15 untuk berbuat demikian.
Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.
Syed Mohammad Imran berkata, tiada masalah sekiranya pengaliran wang itu dari sumber yang sah.
"Jadi, SPRM perlu menyiasat perkara ini," katanya.
———————————-
Bukan serbu, hanya siasatan biasa terhadap aset Rafizi, kata SPRM
November 16, 2022 1:00 PM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan agensi itu menyiasat Rafizi Ramli berhubung pemilikan aset diumumkannya pada 2 Nov lalu. (Gambar Bernama)![]()
PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata kehadiran empat pegawai agensi itu di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, pada Selasa, hanya siasatan biasa bukannya serbuan.
Katanya, kehadiran pegawai SPRM itu merupakan prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi, minggu lalu.
“Tiada serbuan sebaliknya siasatan biasa, hanya empat orang pegawai SPRM hadir untuk menemubual kakitangan dan ambil dokumen berkaitan kewangan sahaja.
“Tiada kakitangan yang ditahan dalam siasatan tersebut dan mereka semuanya dilihat tidak tertekan dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang keberadaan pegawai SPRM di pejabat tersebut,” katanya menurut Astro Awani.
Hari ini, menurut laporan Berita Harian, Rafizi mendakwa SPRM menyerbu pejabatnya ketika beliau berkempen, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.
“Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia (SPRM) tak siasat.
“Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Abdul) Latiff Ahmad (bekas timbalan menteri pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi.
SPRM sebelum ini memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung pengisytiharan harta oleh calon Parlimen Pandan itu selepas satu laporan dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu.
Pada 2 Nov, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.
Beliau berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk berbuat demikian.
SPRM serbu pejabat, siasat Invoke Solutions, dakwa Rafizi
November 16, 2022 8:36 AM
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti didedahkan sebelum ini.![]()
PETALING JAYA: Syarikat data Invoke Solutions Sdn Bhd, yang diasaskan Rafizi Ramli, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dakwa timbalan presiden PKR itu.
Tindakan itu mengundang persoalan Rafizi kerana beliau mendakwa SPRM tidak menyiasat dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti yang didedahkannya sebelum ini.
“Hari ini, sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat.
“Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas timbalan menteri pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.
“Satu sen pun yang membabitkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan.
“(Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai 9 malam tadi masih kena kacau,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi, lapor Berita Harian.
Sebelum ini, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan meneruskan pendedahan mengenai skandal projek tebatan banjir Sungai Langat 2, yang didakwa membabitkan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rafizi mendakwa, beliau mempunyai bukti lain yang menunjukkan projek itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan, tindakan yang melanggar undang-undang.
“Saya nak tengok, apa Azam Baki dan SPRM jawab lepas ini. Tuan Ibrahim ingat saya mempunyai satu atau dua dokumen.
“Selalunya, kalau saya mula dedah sesuatu, saya boleh heret sampai berbulan-bulan,” katanya.
Rafizi sebelum ini menuntut penjelasan Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.
Beliau mendakwa, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender terbabit secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Okt 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.
Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa surat yang ditunjukkan Rafizi itu bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain menyebut bahawa surat itu dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.