roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hairan dengan kelewatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Kosmo! mengenai kewujudan premis menjual gajet seks secara terbuka di ibu negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.
Beliau juga berjanji akan melihat terlebih dahulu prosedur SPRM dan akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap DBKL.
"Tindakan DBKL melakukan serbuan secara senyap-senyap boleh menimbulkan persoalan dan keraguan sedangkan isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! semalam melaporkan sikap para pegawai kerajaan yang mengecewakan sehingga tiada satu pun penguat kuasa daripada jabatan kerajaan mahu bertindak terhadap premis-premis seks terbabit.
Sehubungan itu, Mohd. Shukri meminta orang awam tampil membuat aduan jika terdapat sebarang unsur perlakuan rasuah berhubung perniagaan gajet seks yang tumbuh bagai cendawan di ibu negara.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut kesal dengan sikap DBKL yang bertindak dalam senyap terhadap premis berkenaan kerana ia sememangnya menimbulkan keraguan dari segi penguatkuasaan.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan segera berhubung perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Katanya, campur tangan SPRM dapat menjawab segala desas-desus serta punca para pegawai kerajaan dan pihak berwajib menuding jari antara satu sama lain.
"Dalam seminggu ini isu penjualan gajet seks secara terbuka hangat dibincangkan orang awam selepas dibongkar dalam Kosmo! tetapi DBKL serta beberapa agensi kerajaan tidak menunjukkan sebarang reaksi,'' katanya.