BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM buru Kabwe

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusaha mengesan bekas pemain import Perlis, Kabwe Kamuzati, untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah bola sepak membabitkan skuad Singa Utara itu.

Kabwe dari Zambia yang menjadi tonggak pertahanan skuad Singa Utara dilaporkan gagal dikesan, sekali gus menyebabkan proses siasatan berhubung kes rasuah berkenaan terganggu.

Sumber SPRM negeri ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kes rasuah yang dikaitkan dengan pemain itu. Bagaimanapun sumber itu berkata, kehadiran Kabwe diperlukan untuk melengkapkan siasatan kerana dia antara saksi utama kes berkenaan.

Difahamkan, Kabwe dan seorang lagi pemain Perlis ditahan bersama seorang ‘bookie’ pada Mei tahun lalu selepas masing-masing disyaki terbabit dalam urusan mengatur satu perlawanan Liga Super membabitkan Perlis dan Selangor pada 29 Mac 2008, yang menyaksikan skuad Singa Utara tewas 2-0 di gelanggang sendiri.

SPRM kemudian pada 31 Julai lalu membawa kes bookie berusia 38 tahun itu ke Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan menawarkan suapan RM15,000 kepada Kabwe dan RM23,000 kepada seorang lagi pemain Perlis.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 10 pagi hingga 2 petang di No 10, Lorong 2, Taman Sri Bakau, di sini, pada 30 Mac tahun lalu, sebagai upah untuk mengatur perlawanan yang menyebabkan Perlis tewas kepada Selangor.

Sementara itu, tertuduh sama sekali lagi dihadapkan ke Makamah Sesyen Muar pada 27 Ogos tahun lalu atas tuduhan secara rasuah memberi suapan wang RM14,995.50 pada 31 Mac 2008 yang dimasukkan ke dalam akaun Kabwe sebagai upah untuk mengatur perlawanan.

Sumber SPRM negeri berkata, buat masa sekarang kedudukan Kabwe yang memegang pasport bernombor ZH56477 gagal dikesan.

“Justeru sesiapa yang ada maklumat atau tahu kedudukan bekas pemain itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Kanan, Penguasa Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 019-4416029 atau 04-9791982/04-9763982 untuk membantu siasatan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register