BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPR berat sebelah !!

dragger

Super Active Member
Messages
8,548
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
36
Points
70
SPR Beri Amaran Hentikan Sebarang Kempen Di Hulu Selangor


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Sehingga hari penamaan calon, SPR tidak boleh bertindak ke atas mereka yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Selepas hari penamaan calon, Wan Ahmad berkata, SPR boleh menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.

Katanya, SPR akan bekerjasama dengan polis dan PBT untuk tujuan itu.

"SPR akan menubuhkan enam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya mengikut Seksyen 27B Akta tersebut sebaik sahaja menguatkuasakan Akta Pilihan Raya supaya pihak terbabit mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Mereka telah diberi kawasan spesifik untuk membuat pemantauan yang baik dengan kerjasama polis dan PBT," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sebanyak 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu; 16,964 atau 26.3 peratus (Cina); 12,453 atau 19.3 peratus (India) dan 1,063 atau 1,7 peratus kaum lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Ehsan Pendekar Gunung Keriang


PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen?

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN. SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!
 
Last edited:
bagus SPR nih....

menjalankan tugas dengan baik sekali....
 
itu BN buat roadshow..bukan kempen..lg pun itu depa buat mewakili kerajaan bukan BN..BN mana ada kempen lagi..tak caya tanya nazri
 
kena faham larangan ni utk PR saja..utk BN tidak termasuk dlm larangan ni..
 
apo nk di kato... semuanya mainan mereka jer... sabo je la...
 
Kata Pi'e APdal - "projek yg akan dilaksanakan di sekitar Hulu Selangor mmg dh lama dirancangkan. Secara kebetulan saja akan dilaksanakan sblm pilihanraya ni". PPiiiiiiraaahh!!!!! Cukup2 lah buat perangai zaman dulu2.P rumah org kampung, bwk beras sekampit,kain batik/pelikat. Skrg dh zaman IT, maklumat cepat tersebar.Org dh tau tembelang UBN.
 
Back
Top
Log in Register