BTC USD 81,822.1 Gold USD 4,145.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPM: Lulus BI wajib?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.

“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.

“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.

“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.

“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.

Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.

“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.

Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.

“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.

“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.
 
Bagus. Yang nie aku sokong.:)paid
 
kalau ikut mattop... lulus semua baru kira lulus.... :D
 
ada pro dan contranya... BI ni memang penting untuk kerjaya masa hadapan, tapi tak semestinya tak pandai BI, tak boleh berjaya. bagi yang tinggal kat kawasan bandar atau kawasa membangun, memang bukan satu masalah besar untuk lulus BI, tapi untuk kawasan pedalaman, agak sukar untuk pelajar memahami dan menguasai BI dengan baik... ini kerana, bagi sekolah pedalaman, bahasa 'IBUNDA' masih digunakan sebagai bahasa penghantar di sekolah tersebut.. even cikgu2 yang dihantar ke sekolah pedalaman akan pandai mengunakan 'bahasa tempatan' di kawasan itu.. walaupun subjek yang diajar adalah BI, tapi bahasa 'rojak' jugak yang selalu digunakan di sekolah2 pedalaman...

kena buat kajian mendalam dulu ni..
 
agak sush gk la bg yg dok atas pagar ni.jap lulus jap x lulus.kalau kerajaan nk bt jgn ambik kira lulus dari segi akedemi ja ambik dari segi comunication gk.mcm aku dari dulu sampai skrang bi mmg hampeh
 
ada pro dan contranya... BI ni memang penting untuk kerjaya masa hadapan, tapi tak semestinya tak pandai BI, tak boleh berjaya. bagi yang tinggal kat kawasan bandar atau kawasa membangun, memang bukan satu masalah besar untuk lulus BI, tapi untuk kawasan pedalaman, agak sukar untuk pelajar memahami dan menguasai BI dengan baik... ini kerana, bagi sekolah pedalaman, bahasa 'IBUNDA' masih digunakan sebagai bahasa penghantar di sekolah tersebut.. even cikgu2 yang dihantar ke sekolah pedalaman akan pandai mengunakan 'bahasa tempatan' di kawasan itu.. walaupun subjek yang diajar adalah BI, tapi bahasa 'rojak' jugak yang selalu digunakan di sekolah2 pedalaman...

kena buat kajian mendalam dulu ni..

aku setuju bebenor.. :D
 
So kesmpulannya kena buat kajian yang mendalam bagi kes sekolah pendalaman :-?
 
Back
Top
Log in Register