BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

22 Klien AADK Di Puspen Lulus SPM 2025

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,795
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,795
Reaction score
289
Points
146
27ccca32d4ead4cd43bfd17fc46efaa9698f1daae4fad

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 22 klien yang berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan pada 1 April lepas, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata kejayaan ini membuktikan keciciran sekolah akibat penagihan dadah bukan penamat bagi klien untuk mendapat keputusan terbaik dan pihaknya sentiasa berusaha membantu golongan ini menerusi Program Akses Pendidikan Klien (PAPK).

“Sebanyak 27 klien menduduki SPM 2025 dengan 20 orang di Puspen Karangan, Kedah; enam orang di Puspen Papar, Sabah manakala seorang di Puspen Sungai Besi, Selangor.

“Daripada jumlah itu, 22 klien lulus SPM 2025 dan layak menerima sijil dengan peratus kelulusan sebanyak 81.5 peratus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ruslin berkata PAPK adalah inisiatif pendidikan formal yang dilaksanakan pihaknya di bawah model Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi.

Beliau berkata program ini direka khusus untuk memberi peluang kedua kepada klien yang masih berada dalam usia persekolahan atau tercicir dalam pendidikan akibat masalah penagihan dadah.

“Program ini tidak hanya berfokus kepada pemulihan dadah semata-mata tetapi turut mengutamakan bidang akademik dan klien akan menduduki enam mata pelajaran teras SPM, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

“Kaedah pelaksanaan PAPK adalah hasil kerjasama strategik antara AADK dengan Kementerian Pendidikan. Klien mengikut jadual kelas yang sistematik di dalam Puspen, sama seperti suasana sekolah harian, malah tenaga pengajar terdiri daripada guru berpengalaman dan terlatih serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) setempat,” katanya.

Beliau berkata matlamat akhir PAPK bukan sekadar lulus peperiksaan tetapi menyediakan tapak untuk kepulihan jangka panjang termasuk klien yang lulus digalakkan menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 
Back
Top
Log in Register