BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPM di awalkan

timmisegera

Legendary Member
gem
Messages
18,647
Joined
Feb 4, 2014
Messages
18,647
Reaction score
3,114
Points
261
SPM 2023 diawalkan, KPM akan keluar kenyataan rasmi - Fadhlina
Wartawan BH
[email protected]
August 22, 2023 @ 2:49pm

SPM 2023 diawalkan, KPM akan keluar kenyataan rasmi - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - Foto fail NSTP
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, seperti yang dilaporkan dalam portal Kosmo Online.

"Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi. Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti," katanya selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan peperiksaan SPM 2023 dijangka bermula pada Disember ini sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.


Peperiksaan itu akan bermula dengan ujian amali sains pada 5 Disember, diikuti ujian bertutur pada 8 Januari tahun depan manakala bagi peperiksaan bertulis, dijadualkan berlangsung pada 30 Januari.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.
 
jadual da keluar mula 30/1/2024, tetiba lak heboh nk awal...
 
"Oh, peperiksaan..", - Remy, Gila-Gila Remaja (1986)
 
Bukan disember ke?

1692759665185.png


maklumat yg diterima setakat ni mula 29 atau 30 Jan 2024
 
Back
Top
Log in Register