BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spesies Pokok Baharu Ditemukan Di Hutan Simpan Pasoh - FRIM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a97a5311fd909142f459adc4883a676f686d0a2c6d9e9

Datuk Dr Ismail Parlan

Spesies pokok baharu, Timonious pasohensis ditemukan di plot penyelidikan demografi kekal seluas 50 hektar di Hutan Simpan Pasoh, Jelebu, Negeri Sembilan pada 2022.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Dr Ismail Parlan berkata spesies yang jarang jumpa itu dikenal pasti semasa bancian kelapan plot berkenaan pada 2022 sejak penubuhan plot pada 1985 menerusi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Tropika Smithsonian (STRI) dan spesies berkenaan kemudiannya diterbitkan secara rasmi sebagai spesies baharu pada 2024.

“Penubuhan plot ekologi kekal membolehkan penyelidik mengkaji demografi dan dinamik hutan dalam jangka masa panjang. Plot demografi jangka panjang seluas 50 hektar di Pasoh ini merupakan yang kedua tertua dalam kalangan 78 plot besar lain di seluruh dunia.

“Semua pokok dengan diameter aras dada (dbh) 1 sentimeter (cm) dan ke atas diukur, dipetakan, ditanda dan dikenal pasti. Bancian pokok dijalankan setiap lima tahun,” katanya dalam ucapan pembukaan Seminar Pasoh 2025 yang bertemakan ‘Pasoh: Makmal Penemuan Alam Semula Jadi’ di sini hari ini.

Beliau berkata penyelidikan di Hutan Simpan Pasoh bermula sejak 1964 dan pada 1970, Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh (SPF Pasoh) ditubuhkan bagi menjalankan kajian ekologi hutan tanah pamah tropika.

Ismail berkata kawasan seluas 1,840 hektar di Hutan Simpan Pasoh telah diwartakan sebagai hutan penyelidikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan pada 1977.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan atas sokongan berterusan terhadap aktiviti penyelidikan di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata bilangan aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Pasoh semakin meningkat apabila FRIM bekerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa seperti Akademi Sains Malaysia (ASM), Forest Global Earth Observatory (ForestGEO), Institut Kajian Alam Sekitar Nasional, Universiti Hiroshima, Universiti Kyoto serta Institut Penyelidikan Perhutanan dan Produk Hutan Jepun.

“Susulan daripada kerjasama ini, beberapa plot kajian jangka panjang telah diwujudkan dan fokus penyelidikan telah berkembang daripada ekologi kepada aspek lain seperti hidrologi, iklim dan zoologi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register