BTC USD 82,775.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

<spe penah derma darah>

darah korang jenis ape


  • Total voters
    0
spe kat cni penah derma darah.....bpe kali korang derma dan apakah efeknye terhadap korang...rse nk derma lg ke or sekali cukup ler.ataupun badan makin naik ke or makin susut ke
:D:D:D

setakat ni aku derma dah masuk 6 kali..time kat mmu, aku consistent sket..cos mmu akan buat every 3 months..tu mmg duration resting after dah derma..dah ckup minimum 3 bulan, kau bole derma lagi..

effect dia,ramai ckap bole naikkan badan..yg kurus2 tu,bole buat naik selera makan..ade betul gak..aku kuat makan sket lepas tu..tapi tak naik2 pong badan.hahaha

yg penting, niat tu beb.. derma utk tolong org2 yg eksiden or yg perlukan darah kat hospital2..tapi yg pelik, ramai aku kenal yg ade darah O, takut nak derma..padahal darah diorang la yg demand tinggi.hahaa

oh, bile kau derma, badan penat sket jek.pastu the next day, mmg kau active tul la..rasa fresh beb gile beb seminggu dua tu..cos badan kite produce darah baru :)cgrock:)cgrock
 
Org darah AB A B boleh pakai O...org darah O cuma boleh pakai darah O je.stok darah O limited..so ko jgn suka buang darah rata2, derma kat hospital jerk :eek::eek::eek:

oh,tp darah parent aku takde yg O,
aku sorg je,
kiranya aku ni the chosen one la ni??
:eek::eek::eek::eek:
 
nak derma darah? masuk spital pun aku takut....nengok jarum tue aku gerun, nengok doktor tue wat aku nak fengsan.......eeiiii.......tak penah aku dema darah nih.......takut........
 
oh,tp darah parent aku takde yg O,
aku sorg je,
kiranya aku ni the chosen one la ni??
:eek::eek::eek::eek:

Ha betul tu...tapi tabiat ko yg suka buang darah rata2 tu patut dihentikan.:eek::eek:
 
Apakah Jenis Darah Anda?

DARAH 'O'
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
 
DARAH 'A'
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH 'B'
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB'
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
 
Back
Top
Log in Register