putrialya
Active+ Member
- Messages
- 3,286
- Joined
- Jun 5, 2008
- Messages
- 3,286
- Reaction score
- 22
- Points
- 25
better mintak preskripsi dr doktor....jgn simply gi beli kat farmasi...
yes...itulah yg sebaiknye...
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
better mintak preskripsi dr doktor....jgn simply gi beli kat farmasi...
ada jugak ini kemungkinannya...
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
1. Pendarahan Implantasi
Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.
sebijik cmni kes dia...so ape kesan nye ye?please advice..

agak2 ape kemungkinan selain keguguran ye kak? sy dah bgtau dia jap td....nangis plak die...huhuhu
masa akak dulu, doktor ada cakap, baby blh cacat....so, mmg sepanjang pregnant tu doktor sentiasa pantau pembentukan tulang baby....anak sulung tu mmg akak dr awal gi doktor pakar
uik...ye ke? hm..risau gak ye....
ckp kt sedara alya, jgnla risau sgt... coz dr pun tak ckp apa kan? n utk kepastian kena scanla ngan dr pakar... tu jer sebaik2nya...paid
paid
paid
Gejala dan tanda keguguran termasuk:
Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:
Usia terutama 35 tahun keatas
Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
Pernah hamil dengan anak cacat
Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
Gigitan ular
Meminum cafin secara berlebihan
Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
Terdedah kepada Komputer monitor
Hubungan seks
Senaman