BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPDP pecat keahlian 4 YB

malayneums

Active+ Member
Messages
4,853
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25

SPDP pecat keahlian 4 YB
Oleh Mohd Roji Kawi dan M Hifzuddin Ikhsan

2012/01/16

pix_gal0

KUCHING: Empat wakil rakyat termasuk seorang Ahli Parlimen yang mengumumkan keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sembilan hari lalu tetapi mahu kekal dalam Barisan Nasional (BN), semalam dipecat oleh pucuk pimpinan parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Ini sekali gus menambah parah keretakan dalam SPDP, antara parti anggota BN. Namun, alasan pemecatan itu adalah ‘untuk mengelak ahli parti terus terkeliru dengan kedudukan mereka yang mengumumkan masih bersama BN dan kini berjuang atas nama Kelab BN’.
Mereka ialah Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Peter Nansian Ngusie; ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau, Paulus Palu @ Gumbang.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti itu di sini semalam, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom, berkata selagi empat wakil rakyat terbabit berjuang atas nama Kelab BN, ahli parti yang lain akan keliru dan langkah terbaik ialah memecat mereka terus daripada parti bagi mengelak kekeliruan timbul.

“Saya hanya ingin mengucapkan yang terbaik kepada mereka (selepas dipecat dari parti),” katanya.

Mengenai kedudukan empat wakil rakyat itu dalam Kelab BN, Mawan berkata, terpulang kepada mereka untuk menentukan cara bergerak sebagai wakil rakyat BN dan berharap mereka akan terus memberi sumbangan kepada BN.

“Saya anggap masalah ini sudah selesai dan tidak lagi timbul sebarang isu berkaitan selepas ini. Selepas menyelesaikan masalah ini, SPDP mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum.
“Selain itu, kami akan memberi tumpuan untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) yang akan diadakan di Bintulu pada 17 Mac nanti, selain melaksanakan program parti yang sudah dirancang sepanjang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Rosey, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata, keputusan itu agak pelik kerana MT SPDP menyingkirkan orang yang memang sudah keluar daripada parti.

“Apa maknanya itu...? Saya tidak faham apa sebenarnya keputusan mereka memecat kami yang memang sudah pun keluar (parti). Saya akan berbincang dengan rakan lain dulu, kemudian kami akan panggil anda (wartawan),” katanya.

Tiki pula secara sinis berkata, beliau amat terharu dengan keputusan MT SPDP itu yang memecat mereka yang sudah pun keluar parti.
sumber berita hairan



aku tak berapa nak follow cerita politik sarawak ni, kat sarawak skrg ni krisis dalaman ke?
 
Back
Top
Log in Register