BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Sony Xperia 10 VII Kini Di Malaysia, Harga RM2,199

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Sony Xperia 10 VII kini sudah tiba di Malaysia, tampil dengan reka bentuk ringan dan paparan OLED sinematik 19.5:9 bersaiz 6.1 inci. Dengan kadar segar 120Hz, skrinnya memberikan pengalaman tontonan lancar yang diperkaya dengan teknologi visual Sony. Malah audio juga dipertingkatkan melalui pembesar suara stereo hadapan yang jelas dan seimbang. Ia turut dilengkapi butang shutter khas di mana anda boleh lancarkan kamera serta-merta walaupun skrin dimatikan serta mengekalkan bicu fon kepala yang penting untuk penggemar muzik.
1762577187993.png

Walaupun dengan bateri 5,000mAh, tapi Sony menyatakan Xperia 10 VII mampu bertahan sehingga dua hari untuk penggunaan biasa. Jika storan terbina 128GB nya tidak mencukupi, anda jangan bimbang kerana Xperia 10 VII menyokong kad microSD sehingga 2TB. Sony Xperia 10 VII ditawarkan pada harga RM2,199 yang sudah boleh dibeli dari stor rasmi:​
 
kat malaysia ni ramai ke guna sony

facebook.com/cari.gold/posts/sony-xperia-10-vii-kini-rasmi-di-malaysia-pada-harga-rm2199peranti-ini-hadir-den/1207249081218447
 
Back
Top
Log in Register