BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

**** sondol kafe siber

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_01.1.jpg

Orang ramai menunjukkan **** hutan yang menceroboh premis kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh, Muar semalam.

MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor **** hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

**** hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor **** hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala **** tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika **** itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan **** tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.
 
muar? pehh.. ingatkan salah baca.. kelip2 mata, kesat2.. masih muar gak.. :))
 
hahaha...die nak bukak fb la tu...hahaha
 
menyondol2 masuk CC yer itu vavi
:)):)):))
 
Bab1 marah pelanggan men judi kot hahahah
 
b4b1 tu bergegas ke tandas cc nak buang air besor.. hu2..
 
Back
Top
Log in Register