Salam,
Saya
Kamarul daripada Malcube Web Hosting, saya yang handle bagi pendaftaran akaun hosting dan support tiket di Malcube.
Daripada apa yang saya faham tentang masalah yang dihadapi adalah kami terlewat untuk membalas support tiket bagi encik
Azharr .
Apa yang saya boleh terangkan adalah kami mempunyai masalah pada bahagian support tiket dan email server pada beberapa hari lepas, dan saya tidak dapat sebarang notify mengenai support tiket yang terbaru dibuka oleh customer, ya, saya mengaku itu adalah salah kami sebab tak dapat menyediakan servis yang terbaik kepada customer. Tapi ianya adalah
masalah teknikal yang tak dapat kami elakkan di atas kegagalan sistem berfungsi.
Diharapkan selepas ini tiada lagi masalah seperti ini berlaku, dan duit encik
Azharr telah pun kami kembalikan, di harap tak ada sebarang kekeliruan di dalam topik ini, kami tidak ada sebarang niat atau masalah mengenai
SCAM, sebab kami berpegang pada janji servis kami
30 days money back guarantee bagi setiap pembelian akaun hosting (tidak termasuk domain).
Maaf daripada kami.
Kamarul
Malcube Web Hosting (
www.malcube.com )