BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Solstis Jun 2023, Apa Yang Anda Perlu Tahu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
IMG_20230621_102135_096.jpg


Solstis Jun 2023 ; Apa yang anda perlu tahu :-

- Hari ini, 21 Jun 2023 merupakan hari Solstis Jun di mana Matahari berada di kedudukan paling jauh ke utara dari Khatulistiwa iaitu tepat di atas garisan sartan yang berlatitud sekitar 23.5° utara.

- Mengikut takrifan Astronomi, Solstis Jun menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera utara dan bermulanya musim sejuk di hemisfera selatan.

- Secara teknikalnya Matahari betul - betul berada tepat di garisan sartan pada jam 10:57
PM, 21 Jun 2023.

- Mana - mana kawasan yang berada di garisan sartan akan mengalami peristiwa ' Hari tanpa bayang ' ketika Matahari Istiwa' di kawasan tersebut. Sama konsep ketika berlaku Istiwa' Adzam di Kaabah apabila Matahari tegak di atas Kaabah.

- Waktu siang yang paling panjang di hemisfera utara dan waktu siang paling pendek di hemisfera selatan bagi tahun ini.

- Siang selama 24 jam di kawasan sekitar lingkaran Artik dan malam selama 24 jam di sekitar lingkaran Antartika.

- Kita di Malaysia akan dapat menyaksikan Matahari terbit di titik paling kiri dari kebiasaan yang kita perhatikan dan terbenam di titik paling kanan.

- Peristiwa lazim yang berlaku setiap tahun.


AstroMet Malaysia
 
IMG_20230621_102049_818.jpg


Perhatikan kedudukan Matahari ketika Solstis Jun hari ini .

Hari ini merupakan hari Solstis Jun yang menandakan bermulanya musim panas di hemisfera utara dan musim sejuk di hemisfera selatan mengikut takrifan Astronomi .

- Matahari Berada di kedudukan sekitar 23.5° utara dari Khatulistiwa ( 0° ) atau berada tepat di atas garisan sartan .

- Terbit Matahari di antara arah timur - timur laut manakala ketika terbenam berada di antara arah barat - barat laut .

- Selepas ini , Matahari akan kelihatan beransur - ansur bergerak menuju ke Khatulistiwa semula .
Kemuncaknya pada 23 September 2023 apabila Matahari tegak di atas Khatulistiwa atau dipanggil hari Ekuinoks September .


AstroMet Malaysia
 
Menda ni akan mempengaruhi ombak laut tak?..bimbang ombak kuat bulan 7 nnt pegi candat sutung..🤮
 
Menda ni akan mempengaruhi ombak laut tak?..bimbang ombak kuat bulan 7 nnt pegi candat sutung..🤮
matahari tak kot... kalu bulan yer hehe.. ikut palatao kawe la haha
turun awal skek boss... sutun dok menjadi tu haha..
cari candat duel.. rega kayangan.. sekali kena potong ngan buntal.. air mata :ROFLMAO:
 
matahari tak kot... kalu bulan yer hehe.. ikut palatao kawe la haha
turun awal skek boss... sutun dok menjadi tu haha..
cari candat duel.. rega kayangan.. sekali kena potong ngan buntal.. air mata :ROFLMAO:
Oo..mmg sutung tgh mengganas ni. Tapi dapat trip bulan 7, x leh buat apa. Lein kali nk cari slot tgh2..kawe pakai candat biasa je..pakai candat mahal2 mana la sutung tu tahu mahal ke murah..janji dia nampak geli2 depan mata, dia peluk la tu nnt... 😅
 
IMG_20230621_131855_685.jpg


Ketika Solstis Jun berlaku, kawasan yang berada di dalam bulatan Artik iaitu sekitar latitud 66.5 darjah sehingga 90 darjah utara dari Khatulistiwa akan mengalami peristiwa ' Mentari Tengah Malam ' iaitu suatu peristiwa apabila Matahari tidak akan pernah terbenam di ufuk sama sekali.

Sebaliknya pula berlaku di kawasan yang berada di dalam bulatan Antartika iaitu sekitar latitud 66.5 darjah sehingga 90 darjah selatan dari Khatulistiwa apabila Matahari mustahil kelihatan berada di atas ufuk ketika Solstis Jun berlaku.
..

* Gambar menunjukkan Mentari tengah malam di Deadhorse, Alaska.

Kredit gambar : ALAMY


AstroMet Malaysia
 
Back
Top
Log in Register