BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,106.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat subuh diluar waktu

setahu aku, solat solat yg kita tinggal secara sengaja atau tak sengaja, semua kna qada.
tak kira la 10 tahun lepas punya pun. wallahualam.
 
ya, memang kena qadha walau sengaja atau tak, yang tu nak tambah perisa saja ya :)
 
ade orang kata kat aku kalau memang terbangun lambat xsengaja just niat mcm solat biasa je. wallahualam. aku xbrani nak percaya. amek yg mana yakin je.


yg ni betul untuk solat subuh

kalau memang tersedar lewat, maknanya bukan sengaja bangun lewat, contohnya tersedar jam 10 pagi, bangun tu terus buat solat subuh, niat biasa, bukan niat qadha'

sebab masa zaman Rasulullah dulu pun pernah ada peristiwa berlaku begini

wallahu a'lam
 
yg ni betul untuk solat subuh

kalau memang tersedar lewat, maknanya bukan sengaja bangun lewat, contohnya tersedar jam 10 pagi, bangun tu terus buat solat subuh, niat biasa, bukan niat qadha'

sebab masa zaman Rasulullah dulu pun pernah ada peristiwa berlaku begini

wallahu a'lam

ada hadis yang menyokong x?
 
Solat qadha harus dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu-waktu yang dilarang (yakni selepas solat subuh, selepas asar dan sebagainya). Solat qadha juga tidak terikat dengan waktunya. Kerana itu, harus qadha subuh dilakukan pada waktu zohor, asar atau sebagainya.
Niat solat qadha sama sebagaimana solat tunai, contohnya (jika kita qadha subuh), memadai kita niatkan di dalam hati; "sahaja aku menunaikan solat subuh dua rakaat kerana Allah". Tidak wajib kita meniatkan qadha (solat ganti). Ia hanya disunatkan sahaja.
Wallahu a'lam.
 
dengar dari ceramah ustaz azhar idrus..

niat "tunai" hanya jika kita solat masa waktu solat tersebut..
niat "qada" jika kita solat diluar waktu solat tersebut..

klu terlajak bangun subuh. pukul 730 adalah diluar waktu solat.
maka niatnya adalah qada..

utk qada plak, ada 2 cara qadha..
1- tertinggal solat secara xsengaja,cth: bangun subuh pukul 8 pagi. xsedar dan xsengaja.
maka, boleh di qadha pada waktu lain. xwajib segerakan..
boleh pi kerja dulu, time zohor nnt kita qada..

2- tinggal sbb sengaja, cth: dah bgn subuh, lepas tu dok mengeliat2 tertidor balik. bila sedar kol 8.
wajib wada pada waktu tu jugak.. sbb dikira sengaja, sbb dah terjaga tp xterus bangun.

wallahu a'lam.. mungkin pendapat ustaz azhar dan harun din bercanggah tp ada nas dan dalil masing..
 
Back
Top
Log in Register