BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat subuh diluar waktu

Yg boleh dikongsi bersama..

assalamualaikum,
saya ada kemuskyilan.

Saya telah tertinggal waktu solat disebabkan tertidur atau dalam keadaan terlupa setelah masuk waktu solat yang baru. Lantas dengan teringatnya ketinggalan solat tersebut, saya terus mengerjakan solat tersebut tanpa berlengah lagi. Soalannnya ialah, perlukah niat utk solat yg tertinggal tersebut ditambah dengan 'qadaan' atau niat biasa?

terima kasih

************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr qwer dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Didalam Islam, terdapat perkara-perkara yang dima'afkan oleh Allah swt yang disebabkan perkara diluar kawalan, seperti lupa atau tertidor, lantas menyebabkan seseorang itu tertinggal melakukan kewajipannya. Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

"Sesungguhnya Allah mengampunkan Umatku mengenai kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka dipaksa melakukannya" - [Hadith riwayat Ibn Majah #2043, disahihkan oleh al-Albani didalam Sahih Ibn Majah #1662].

Begitu juga halnya dengan ibadat Solat dimana solat yang tertinggal disebabkan tidur atau pun terlupa hendaklah dilakukan sebaik sahaja bangun atau teringat tanpa sebarang kifarat yang lain. Hadith dari Anas ibn Malik ra berkata : Nabi saw bersabda :-

مَن نسي صلاةً أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" - [Hadith riwayat Muslim #684].

Scenario ini juga merujuk kepada waktu solat bagi seseorang yang tidur atau terlupa jatuh telah berlalu, lalu dia segera menunaikannya, maka solat tadi dikategorikan oleh sepakat ulama' sebagai Solat Qada'. Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, definasi Qada' ialah "melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya". Dr Al-Syarabaasi pula mendefinasi Solat Qada' sebagai :

وأما فضاء الصلاة فمعناه أن يصلي الإنسان الفرض الذي لم يستطع أن يصليه في موعده المحدد له؛

"Dan bagi Solat Qada' maknanya ialah Solat fardu seseorang yang tidak mampu dia bersolat pada masa yang ditentukan untuknya" "-[Yaaluunak 1/46]

Maka Niat Solat pada masa itu dianggap sebagai Qada' dan bukan Tunai. Cuma menurut ulama' tersebut Qada' solat orang yang tertidur dan lupa tidak dianggap sebagai dosa. Menurut bekas Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wassel :-

اتَّفقَ العلماء على أن قضاء الصلاة الفائِتة واجب على الناسي والنائم عنها لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: "إذا نسِيَ أحدٌ صلاةً أو نام عنها فلْيَقضِها إذا ذكَرها " لأنه يكون آثِمًا بترْك الصلاة والقضاء عليه واجب ، وهذا هو مذهب جمهور العلماء، ويَجب عليه كذلك الاستغفار والتوبة وكثْرة صلاة التطوُّع.

"Sepakat ulama' bersetuju mengenai hukum Qada' Solat wajib keatas LUPA dan TIDOR sebagaimana hadith Nabi saw : (Apabila terlupa seseorang didalam solat atau tidor, maka lakukan solat segera apabila ingatnya) kerana sesungguhnya adalah berdosa meninggalkan solat dalam Qada' keatasnya wajib, Ini adalah mazhab jumhur ulama', dan wajib keatasnya memohon keampunan dari Allah dan bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat"

Ulama' melihat alasan tidor dan lupa merupakan alasan yang syarie dan bukanlah alasan-alasan lain seperti sibuk, malas, tidak sampai seru, tidak ada masa dan sebagainya, yang mana menurut sebahagian ulama' seperti Ibn Taimiyah rh. tidak boleh dilakukan qada' keatasnya melainkan bertaubat dan melakukan banyak solat sunnat. Ulama'-ulama' mazhab membenarkan qada' terhadap solat tersebut (yang bukan alasan syarie). Ulama' Salaf hanya menerima Qada' solat wajib keatas sebab-sebab Lupa dan Tidor sahaja sebagaimana hadith diatas, akan tetapi Jumhur Mazhab mewajibkan Qada' Solat diatas sebab-sebab yang lain. WA.

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/niat-kerana-tertinggal-waktu-solat.html
 
dengar dari ceramah ustaz azhar idrus..

niat "tunai" hanya jika kita solat masa waktu solat tersebut..
niat "qada" jika kita solat diluar waktu solat tersebut..

klu terlajak bangun subuh. pukul 730 adalah diluar waktu solat.
maka niatnya adalah qada..

utk qada plak, ada 2 cara qadha..
1- tertinggal solat secara xsengaja,cth: bangun subuh pukul 8 pagi. xsedar dan xsengaja.
maka, boleh di qadha pada waktu lain. xwajib segerakan..
boleh pi kerja dulu, time zohor nnt kita qada..

2- tinggal sbb sengaja, cth: dah bgn subuh, lepas tu dok mengeliat2 tertidor balik. bila sedar kol 8.
wajib wada pada waktu tu jugak.. sbb dikira sengaja, sbb dah terjaga tp xterus bangun.

wallahu a'lam.. mungkin pendapat ustaz azhar dan harun din bercanggah tp ada nas dan dalil masing..

jadi ada dua pendapat di sini dan rasanya kita boleh berpegang kepada dua2 pendapat. sebab khilaf seperti ini memang boleh berlaku di kalangan alim ulamak.
 
kalau dah kol 9 baru nak solat subuh, lepas solat tu elok buat solat sunat dhuha terus
 
Salam,

Jika tertinggal solat subuh, perlu solat dengan segera dengan niat 'qada atau solat tanpa niat qada?

Bolehkan qada solat pada waktu haram solat i.e. lepas asar, etc.




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Menurut istilah dalam Usul Feqah, Qadha ialah melakukan satu kewajipan di luar waktunya yang ditetapkan oleh syarak. Manakala Adaa' (Tunai) ialah melakukan kewajipan di dalam waktunya yang ditetapkan syarak.

Berdasarkan istilah ini, apabila seseorang terlepas satu solat kerana lupa atau tertidur, hingga habis waktunya, maka solat yang dilakukan di luar waktunya dinamakan Qadha'.

Ada juga fuqaha berpendapat solat yang dilakukan selepas habis waktunya, jika disebabkan uzur seperti tidur atau lupa, ia tetap dinamakan Adaa' (tunai) bukan Qadha'. Antara mereka ialah Syaukani dalam Nail al-Authar 2/30.

Hujah pandangan ini ialah beberapa ada riwayat yang menyebut:

من نسي صلاة فوقتها إذا ذكرها

"Sesiapa lupa satu solat, maka waktunya ialah apabila dia mengingatinya". (Direkod oleh Daraquthni, Baihaqi dan lain-lain).

Tetapi taraf hadis ini DHAIF. Dinilai dhaif oleh Bukhari, Baihaqi, Haitsami, Ibn Hajar dan lain-lain. (Lihat Sunan Kubro Baihaqi 2/219, Majmak Zawaid 2/75, dan Talkhis al-Habir 1/155)

Apapun, khilaf dalam masalah ini tidak memberi kesan yang sangat besar. Kerana di dalam niat solat tidak disyaratkan kita meniatkan adakah qadha atau adaa'. Cukup hanya kita bersembahyang apabila teringat dari lupa, atau terjaga dari tidur.

Di dalam kitab Majmuk (3/279-280) Imam Nawawi menjelaskan bahawa tidak disyaratkan niat qadha' dan niat tunai dalam solat.

Lagipun, dari sudut Bahasa Arab, qadha dan adaa' adalah dua perkataan yang memberi pengertian yang hampir sama, malah di dalam Al-Quran ada menyebut perkataan qadha' dengan makna adaa'.

2) Berkenaan qadha solat pada waktu-waktu diharamkan solat, dibolehkan. Kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah qadha solat sunat pada waktu selepas Asar.

Dalam hadis Ummu Salamah r.a. katanya: Nabi Sallallahu Alahi Wasallam pernah bersolat dua rakaat selepas Asar, lalu aku menyoal baginda tentangnya. Sabdanya: Sekumpulan manusia dari suku Abd Qais datang kepadaku, dan mereka menyibukkan aku daripada dua rakaat selepas Zohor. Maka inilah (qadha) dua rakaat tersebut". Direkod oleh Bukhari (no: 1176), dan Muslim (no: 834).

Wallahu A'lam

sumber: http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/niat-kerana-tertinggal-waktu-solat.html

p/s: hanya sebagai rujukan, jadikan panduan, pada aku, better niat qadha' sebab luar waktu, hadith yg diberikan pun bertaraf dhaif..


oh, utk tambahan lagi, xsilap aku kat kitab fiqh (xingat nama kitab), ada menyebut sebutan qadha' atau adaa' bukan wajib, hanya sunnah.. so walaupun kita solat luar waktu dan xniat qadha', tetap dikira qadha' juga..
 
Last edited:
nak tanya juga
kalau macam keje shift,xbleh stop kejap untuk solat,pas abes keje boleh ke di qadakan semua solat yg tetinggal?

harap diberi pencerahan
 
nak tanya juga
kalau macam keje shift,xbleh stop kejap untuk solat,pas abes keje boleh ke di qadakan semua solat yg tetinggal?

harap diberi pencerahan

seelok2nya usahalah jgak untuk stop keje tu dan tunaiknlah dulu solat pd waktunya tu,tp klo xleh jgak,apa boleh buat...Allah maha mengetahui dan maha adil kpd setiap hamba2nya..
 
byk ilmu bole dpt dlm thread nih..

teruskan perbincangan..
 
Back
Top
Log in Register