BTC USD 82,625.9 Gold USD 4,117.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Isyak jam 5.30 pagi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
SAYA sedang mengandung anak keempat dan sudah mempunyai tiga anak. Sebagai ibu dan yang bekerja, keadaan ini membuatkan saya sangat letih dengan kerja rumah serta melayan kerenah anak.

Oleh itu, saya sering bangun tidur pada jam 5 pagi keesokannya untuk menunaikan solat Isyak dan kadang-kadang tersasar hingga jam 5.30 pagi. Adakah sah solat saya?

INGIN TAHU
Selangor

SETIAP sembahyang fardu ada waktu yang tertentu. Ini jelas apabila Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "... sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (al-Quran, al-Nisa' (4): 103). Bagi waktu solat Isyak ia bermula dengan hilangnya cahaya yang merah di ufuk barat hingga naik fajar sadik sebelah timur di waktu pagi. Dengan kata lain waktu solat Isyak sangat panjang dari lepas waktu Maghrib hingga masuk waktu Subuh. Menunaikan solat Isyak dalam waktu itu adalah sah seperti yang anda lakukan. Ia adalah keringanan yang diberikan Allah bagi umat Islam. Apa yang penting tanggungjawab kepada Allah wajib ditunaikan di samping tanggungjawab yang lain yang anda lakukan.
 
Tidak kah ini menggalakkan org utk melambat2kan solat,..
melambat2kan solat itu adalh berdosa..
betapa penat atau sibuk pun kita,
Allah kan lebih utama,..
tak salah kan sebelum tidur utk solat dulu,..
 
kalau saya, saya akan jawab solat itu SAH, tapi tidak digalakkan kerana melambat-lambatkan solat juga adalah dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Munafiqun : 9

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-anak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. )​

Firman Allah dalam Surah At-Taghabun : 14

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya isteri-isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh kepada kamu maka berhati-hatilah kamu dengan mereka"
​

dan hukuman Allah terhadap mereka yang melambat-lambatkan @ lalai dalam solat :

Surah al-Ma'un : 4-5

"Neraka Wail lah balasan untuk mereka yang bersolat" [4]

"iaitu mereka yang lalai dalam solat mereka" [5]​

yang bersolat tapi lalai pun masuk neraka, apatah lagi mereka yang tak bersolat langsung? :)
 
sah tp kalau buat lambat kurang la pahala and kurang la kefiatnya..tp Allah Maha Mengetahui..
 
klo sampai waktu subuh tu dah tersasar jauh
 
Back
Top
Log in Register