BTC USD 84,892.8 Gold USD 4,151.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat istikharah

siraweh

Fun Poster
Messages
867
Joined
Apr 4, 2010
Messages
867
Reaction score
78
Points
30
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Renung-renungkan..Selamat beramal.:)
 
IMG_20220306_173013_500.jpg

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


Istikarah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.

Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.


#jomsolat
 
IMG_20220307_001553_758.jpg

DOA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


Setelah selesai memberi salam, perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT serta bacalah doa ini dengan hati yang ikhlas.

Semoga Allah SWT menerima rintihan dan rayuan ikhlas hambaNya kepadaNya agar mendapat petunjuk daripada Allah SWT.


#jomsolat
 
Back
Top
Log in Register