BTC USD 85,312.7 Gold USD 4,131.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

arin_gis

Active+ Member
Messages
4,931
Joined
Feb 18, 2006
Messages
4,931
Reaction score
112
Points
33
Hadith:

DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.

Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat.

Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan.

Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
tq semua.. bukan saja malam mengantuk kadang-kadang disiang hari pun boleh mengantuk especially tengahari. Bagi pendapat saya, sembahyang saya tak khusyuk kalau dalam keadaan mengantuk
 
paling tk bole tahan...lepas azan je terus mengantuk..... memang gangguan set@n betul laaa...
 
terima kasih tt..pernah dengar ceramah pon kata gini...
 
Back
Top
Log in Register