BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat atau sembahyang?

Bro_Izantie

Legendary Member
gem
Messages
17,073
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161

Saje share2.

"Hyang" tu bukan merujuk kepada nama dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala.

Hyang tu berasal dari perkataan 'Sang Hyang'. Sang Hyang bermaksud satu taraf atau pangkat yang diberi gelar kepada dewa2 atau jin2. Contohnya;

a) Sang Hyang

b) Betara Guru (Vatara Guru)

c) Deva atau Sri Deva (Dewa)

d) Prabu

e) Rishi

Jadi kalau nama jin tu - 'Garuda Sahala' yang bertaraf Sang Hyang, maka ia akan dipuja dengan ucapan 'Hey...Sang Hyang Garuda Sahala'.

Dari pandangan bahasa, salah juga dari segi Aqidah jika kita sebut 'sembahyang' kerana ia merujuk kepada gelaran jin2 dan bukan Allah s.w.t.

________________________________

From: F
Sent: Wednesday, June 30, 2010 3:59 PM
To:
Subject: FW: solat atau sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas
perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang
Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya.

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini
hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

p/s: Aku dapat dari email seorang sahabat...
 
Sorry off topik kejap...rasanya fahaman freemason dah mula menular di kalangan bangsa kita hanya dengan panggilan seharian jer...contoh sekarang panggilan abang disingkatkan kepada bro....bunyi supaya lebih mesra dan selesa...persoalan utamanya, panggilan bro sebenarnya telah dimulakan oleh pertubuhan ni sejak sekian lama bagi menghormati gelaran AJK atau ahli terkanan persatuan...contoh terbaik boleh dilihat di sini..

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=157817&highlight=anwar+freemason

Berlanjutan dengan cerita di atas, secara peribadi dan ikhlasnya, logik ke tidak sebutan sembahyang ditukar kepada solat?

p/s: Utk bab freemason ni, Aku pulak, sbelum keluarnya thread ni (freemason), aku telah tukar nickname dari izantie kepada tambahan Bro di depan memandangkan ada ahli CG menyangka aku perempuan. Kalau lah betul gelaran bro mutlak milik freemason, wajibkah aku tukar nickname sekali lagi? Mohon pendapat tuan/puan supaya aku ada alasan yg bernas utk dipersembahkan kpd tuan MOD. Terima kasih.
 
dalam khutbah jumaat 2 mggu lepas kat lumut ada citer pasal ni.:D
 
aik?ayat pun lebih kurang je dipetik dri buku prof tersebut.
 
Aku pun dapat email dari member jer bos..heheheeh...:D:D:D..bagus la kalau ada segelintir kita yang dah tersedar..:D:D:D
 
Saje share2.

"Hyang" tu bukan merujuk kepada nama dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala.

Hyang tu berasal dari perkataan 'Sang Hyang'. Sang Hyang bermaksud satu taraf atau pangkat yang diberi gelar kepada dewa2 atau jin2. Contohnya;

a) Sang Hyang

b) Betara Guru (Vatara Guru)

c) Deva atau Sri Deva (Dewa)

d) Prabu

e) Rishi

Jadi kalau nama jin tu - 'Garuda Sahala' yang bertaraf Sang Hyang, maka ia akan dipuja dengan ucapan 'Hey...Sang Hyang Garuda Sahala'.

Dari pandangan bahasa, salah juga dari segi Aqidah jika kita sebut 'sembahyang' kerana ia merujuk kepada gelaran jin2 dan bukan Allah s.w.t.

________________________________

From: F
Sent: Wednesday, June 30, 2010 3:59 PM
To:
Subject: FW: solat atau sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas
perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang
Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya.

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini
hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

p/s: Aku dapat dari email seorang sahabat...

tq bro:)
makasih sekali lg diucapkan
 
Back
Top
Log in Register