APA ITU REFERER X
RefererX ialah satu software yang membantu anda untuk mempromosikan URL anda dengan cara meletakkannya ke dalam log traffik/statistik websites lain. Di dalam log ini, URL anda akan kelihatan di bahagian referrer, suatu bahagian di mana ia menunjukkan dari site mana sesuatu trafik itu datang. Bergantung kepada di mana log ini diletakkan, orang yang akan datang melawat website anda nanti ialah sama ada pemilik atau pengunjung website tersebut. Contohnya, log AwStats terletak dibelakang sesebuah website dan tidak boleh dilihat oleh orang lain selain dari pemilih website tersebut sendiri, maka yang akan datang ke website anda adalah pemilik website. Tetapi bagi Feedjit live traffic feed pula, ianya diletakkan di muka depan sesebuah website. Oleh itu pengunjung website tersebut juga boleh nampak URL anda dan seterusnya boleh datang ke website anda.
Berapa banyak traffik yang mampu dijana melalui teknik ini?
Semuanya bergantung kepada log yang kita target. Sebagai contoh, log-log lama seperti Webalizer, AwStats, TraceWatch dsbnya kurang mendapat perhatian pemilik website untuk melihatnya berbanding dengan log-log baru seperti Feedjit live traffic feed, Wowzio activity feed, Google Analytic dsbnya. Walaubagaimana pun log-log lama ini terbukti berkesan untuk menarik pengunjung yang peka IT, walaupun tidak seramai dari log-log baru yang lain. Kesimpulannya adalah, satu strategi yang baik untuk membina website berdasarkan log yang website itu gunakan.
Untuk makluman anda, di pasaran sekarang terdapat 2 jenis log yang biasa digunakan oleh sesebuah website:
1. log yang merekodkan traffik berdasarkan kaedah server access. Ini kebanyakkannya digunakan oleh log-log lama seperti AwStats, Webalizer, TraceWatch, Cpanel stats dsbnya.
2. log yang merekodkan traffik menggunakan teknologi JavaScript. Ini merupakan teknik terkini yang banyak digunapakai oleh kebanyakkan pembekal log terkemuka seperti, Feedjit, Wowzio, Histats, WordPress, Google Analytics dsbnya.
Bagi RefererX v5.0, ia mampu menerokai kesemua log jenis no 1) dan beberapa log dari jenis no 2); iaitu Feedjit live traffic feed, Wowzio activity feed, WordPress stats and Nuffnang stats. Banyak lagi log-log baru akan saya masukkan dari masa ke semasa kelak
Berapa cepat dapat kita lihat hasilnya? Ini bergantung kepada masa mana kita jalankan sesuatu kerja promosi itu. Dalam kebanyakkan keadaan, contohnya bilamana URL kita berada di dalam tangga teratas log sebuah website Singapura, pada sekitar pukul 6 petang - 11 malam, waktu tempatan (GMT+8), maka kebarangkalian untuk URL kita dapat dilihat adalah jauh lebih tinggi berbandaing dengan sekiranya URL tersebut berada dalam log teratas pada sekitar pukul 1 pagi - 7 pagi. Ini kerana kebanyakkan orang akan online ketika waktu tersebut. Oleh itu mempunyai website yang kita targetkan berdasarkan negara/timezone akan sudah tentunya amat membantu. Kebiasaannya anda akan dapat mula melihat hasil traffik datang ke site anda seawal 30 minit kerja-kerja promosi dijalankan.
Jika segalanya berjalan lancar, anda seharusnya akan mendapat traffik setinggi 0.3%-5% dari jumlah website yang anda lawati. Malah jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi sekiranya website yang kita bina itu amatlah targeted/tepat.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT, SILA KLIK SIGGY BAWAH INI