BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Soft Release" Bantu Tingkat Kelangsungan Hidup Beruang Matahari Di Tabin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141

"Soft Release" Bantu Tingkat Kelangsungan Hidup Beruang Matahari Di Tabin​

09d1490aa36f1fccb68e38d7009e8b2c6a42248e157f5

4568c53cb7420c90cdf281a711ca5c296a4223897c463

Pegawai Pendidikan Alam Sekitar BSBCC, Mohd Haniff Mohd Busrah menerangkan kisah di sebalik penubuhan BSBCC dan usaha pemuliharaan beruang matahari semasa program lawatan media ke Projek Beruang Matahari Tabin BSBCC di Sandakan.

Usaha pemuliharaan beruang matahari di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin kini memasuki fasa lebih tersusun apabila haiwan terancam itu menjalani pelepasliaran berperingkat menerusi pendekatan soft release yang dipantau menggunakan teknologi GPS bagi meningkatkan kelangsungan hidup di habitat liar.

Pegawai Pendidikan Alam Sekitar Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo (BSBCC) Mohd Haniff Mohd Busrah berkata dua ekor beruang matahari kini menjalani proses soft release, iaitu kaedah pelepasliaran berperingkat yang membolehkan haiwan berkenaan menyesuaikan diri dengan habitat semula jadi sebelum benar-benar mampu berdikari di hutan.

“Proses ini memang mengambil masa bergantung pada perkembangan setiap beruang. Kita bawa haiwan ini ke hutan, kemudian kembali ke pusat dan ulang proses itu sehingga tiba masanya beruang matahari ini cukup berdikari untuk hidup sendiri di habitat liar,” katanya kepada pemberita pada program lawatan media ke projek berkenaan di BSBCC, di sini pada Sabtu lepas.

Beliau berkata BSBCC kini menempatkan 43 ekor beruang matahari, kebanyakannya diselamatkan daripada pemeliharaan haram sebagai haiwan peliharaan serta penemuan di kawasan ladang kelapa sawit.

Mohd Haniff berkata setakat ini, 13 ekor telah dilepaskan menerusi kaedah hard release, namun tiga daripadanya disahkan mati selepas kembali ke habitat liar akibat faktor semula jadi termasuk persaingan sesama beruang, kekurangan makanan, penyakit dan kecederaan.

“Apabila haiwan ini terlalu biasa dengan manusia, proses untuk mengembalikan sifat liar menjadi amat mencabar. Ada yang sudah tidak lagi menunjukkan tingkah laku semula jadi, jadi haiwan ini kekal di pusat ini,” katanya.

Beliau berkata setiap beruang yang dilepaskan akan dipasang kolar sistem kedudukan sejagat (GPS) bagi membolehkan pemantauan pergerakan dan penilaian keberkesanan program rehabilitasi, dengan kos kira-kira RM10,000 bagi setiap unit.

Sementara itu, beliau berkata jumlah keseluruhan beruang yang diselamatkan antara 2018 hingga 2026 adalah sebanyak 15 ekor, dengan trend penyelamatan meningkat pada 2026, iaitu empat ekor setakat ini.

 
Back
Top
Log in Register