BlueDream
Legendary Member

- Messages
- 12,911
- Joined
- Apr 11, 2007
- Messages
- 12,911
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
terimakasih saudara BlueDream
ok. kita berlandaskan logik. berbalik kepada perkara kalendar hijrah yang digunakan didalam islam. kalendar hijrah adalah salah satu bentuk lunar calendar (kalendar qamarii) dan antara bentuk kalendar yang tertua digunakan. kalendar hijrah mengandungi secara asasnya 354 hari setahun. kalendar julian (jan - dec) yg merupakan solar calendar disempurnakan sekitar tahun 46BC di Rom(sekitar 46 tahun sebelum kelahiran nabi isa dan sekitar 690 tahun sebelum kelahiran nabi muhammad saw). maksudnya, ketika permulaan dan kebangkitan islam, kalendar julian sudah wujud tetapi mengapa tidak diguna pakai didalam islam sedangkan kalendar julian ini lebih meluas aplikasinya dalam kehidupan manusia sejagat berbanding kalendar hijrah yg hanya berguna untuk aplikasi keagamaan islam sahaja. pasang-surut pun bukan dapat ditentukan dengan kalendar hijrah.
saya tidaklah mengatakan serba serbi perlu disudukan. antara kalendar lunar dan kalendar julian, keduanya sudah wujud semasa awal islam. jadi mengapa kalendar hijrah yg digunakan. adakah pengetahuan tentang kalendar julian tidak sampai ke kawasan timur tengah pada ketika itu ataupun ianya kurang difahami? kita selalu mengatakan islam itu agama dunia dan akhirat, jadi mengapa kalendar yg jauh lebih meluas aplikasi tidak diadaptasi. mengapa tidak keduanya sekali. sesuatu yg dikatakan lengkap dan relevan sepanjang zaman tidak sepatutnya ada kelemahan sebegitu.
saudara tentu akan mengatakan ilmu sepatutnya berkembang sealiran dengan peredaran zaman. mengapa kalendar hijrah tidak ditukar/diupdate? bagi saya, ianya kerana dua rukun islam itu sendiri iaitu puasa dan menunaikan haji sudah terikat kepada kalendar hijrah ini. jadi macamana nak ubah?
dan semasa diawal kebangkitan islam, seluruh dunia masih lagi percaya yang matahari, bulan dan bintang beredar mengelilingi bumi. pendapat dan kajian yg mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari hanya terbit sekitar tahun 1543 by Copernicus dan diteruskan oleh Galilei sekitar tahun 1600. Apa signifikannya informasi ini? akal pemikiran dan kepercayaan manusia pada zaman tersebut (< 1000 masehi) mengagungkan bumi daripada matahari. kalendar julian tidak popular kerana berasaskan matahari. jadi kalendar lunar dianggap lebih superior lantas dijadikan asas dalam agama. sebab itu saya lebih mengatakan pemilihan ini berasaskan pemikiran manusia daripada info yg diturunkan dari langit. jauh sangat ke tanah rom dari semenanjung arab. bukannya merujuk kepada masa hadapan pun.
kelendar syamsi adalah demikian seadanya... dan kalendar qamari adalah demikian seadanya... tidak ada kesilapan dalam kelendar syamsii dan tidak ada pula kesilapan dalam kalendar qamarii. Unit tahun digunakan untuk memudahkan sebutan hari... itu saja. Dengan unit tahun yang berbeza 1 unit masehi atau 1 unit tahun hijrah... kita masih boleh menganggar berapa harikah yang lalu kejadian tsunami pada tarikh sekian2(sebagai contohlah...) meskipun dah beberapa tahun berlaku tapi jumlah hari dari masa kejadian hingga sekarang masih dapat ditentukan.
Kalendar Julian... Setelah mengalami perubahan demi perubahan dan pembaikan demi pembaikan... Pada ketika manusia berusaha menentukan musim2 mereka belum memiliki pengetahuan tentang astronomi dan hanya berdasarkan rekod2 yg dicatatkan pada hari sekian2 berlaku musim sekian2. Sehingga akhirnya sempurnalah Kalendar Julian yang mengandungi 365.25 hari... iaitu untuk menetukan musim2 tertentu.
Kalendar qamarii juga demikian seadanya kerana ia dirujuk menggunakan masa yang diambil utk bulan melengkapkan orbitnya mengelilingi bumi.... berapa jumlah siang dan malam sehingga lengkap satu bulan. Dan Allah telah menetapkan dalam alquran bahawa 1 tahun ada 12 bulan.
Sebenarnya masa merupakan sesuatu yang relative… sebagai contoh 1 hari akhirat tidak sama dengan satu hari dunia yg terdiri daripada 24 jam. Ok… contoh tersebut terlalu ghaib… tidak apa… kita ambil contoh terdekat. Adakah 1 hari di planet Pluto atau planet musytari sama dengan 24 jam? Sudah tentu tidak kan?
Jika menurut Bible yg telah diterjemahkan (tidak menggunakan bahasa asal) orang kristian percaya…. bahawa Tuhan ciptakan alam ini betul-betul 6 hari iaitu 24jamx6 = 144 jam. Itu dalam bible… al-quran pun kata 6… tapi bukan 6 yaum(hari) tapi 6 ayyam (selang masa tertentu)…
Kesimpulannya… masa merupakan sesuatu yg relatif. 1 tahun masehi relatif dengan pusingan bumi mengelilingi matahari. 1 bulan hijrah relatif dengan masa yg diperlukan oleh bulan mengelilingi bumi
Siapa kata Tuhan hanya ambil berat pada kalendar qamari tapi tdk dengan kalendar syamsii? Setelah manusia diberi peluang buat perkiraan2… setelah kesilapan demi kesilapan sebelum berjaya menghasilkan kalendar… rupa2nya ia tersirat dalam alquran….
Tahukah anda?
Perkataan yaum dan al-yaum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari disebut sebanyak 349 kali dalam al-Quran al-Karim.
Jika dicampurkan dengan perkataan yaumukum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari kamu semua disebut sebanyak lima kali menjadikan jumlahnya 354 kali. Ini bersamaan dengan tahun Hijrah (354 hari).
Jika dicampurkan dengan perkataan yauman (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali. Ini bersamaan dengan tahun Masihi (365 hari).
As-habul Kahfi (sekumpulan pemuda beriman yang tinggal dalam gua) tidur selama 309 tahun. Dalam al-Quran bilangan 309 disebut (thalatha mi atin siniina wazdaaduu tis'a) yang bermaksud 300 tahun dan mereka menambah sembilan. Setelah dibuat kajian terperinci didapati bilangan 300 tahun Masihi bersamaan dengan bilangan 309 tahun Hijrah. Sila rujuk Surah al-Kahfi ayat ke 25.
Cuba perhatikan > 300 tahun x 365 hari = 109500 hari (Masihi)
> 309 tahun x 354 hari = 109386 hari (Hijrah)
Sebenarnya jumlah hari dalam tahun masehi dan hijrah merupakan suatu QUEST dari Tuhan yang maha mengetahui… Tidakkah anda merasa seronok apabila titik pertemuan ini ditemukan?
(Bersambung….)