ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Snogurt menyasarkan membuka 100 cawangan di Indonesia. Foto oleh SNOGURT
SYARIKAT pengeluar dan pengedar produk sejuk beku tempatan berasaskan yogurt (froyo), Snogurt Sdn Bhd menyasarkan pembukaan 100 cawangannya di Jakarta, Indonesia dengan termeterainya perjanjian bersama francaisi induknya, PT Edugreen Khatulistiwa.
Ketua Pegawai Operasi Snogurt Yen Chee Yung berkata, dengan pelantikan PT Edugreen Khatulistiwa sebagai rakan perniagaan, syarikatnya menyasarkan pembukaan 50 rangkaian outlet Snogurt dan 50 kios bergerak di seluruh Jakarta menjelang 2015.
“Dengan perluasan kami ke Jakarta, ia menyaksikan produk kami semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat froyo serantau.
“Selain itu, sebagai pemain industri bagi pengeluar produk froyo tempatan yang memperkenalkan konsep kios bergerak, kami turut melancarkan Snogurt Express yang menggunakan trak mini. Kami yakin, 50 Snogurt Express akan dilancarkan dalam tempoh setahun Snogurt beroperasi di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.
Perjanjian kerjasama antara Snogurt dan PT Edugreen Khatulistiwa ditandatangani pada 21 Jun lalu di Pameran Perniagaan Malaysia-Indonesia (MIBEX 2014) di Jakarta.
“Apa yang membanggakan, Snogurt ialah syarikat aiskrim froyo Malaysia pertama meluaskan jenama ke luar negara selain memperkenalkan konsep kios bergerak,"kata Chee Yung.