ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SeTIAP pengguna sentiasa mahukan pulangan bernilai daripada setiap wang dikeluarkan dalam perbelanjaan keperluan harian.
Untuk mendapatkan penjimatan seperti itu, pengguna harus melakukan kaji selidik bagi mengetahui kedai dan pusat beli-belah yang menawarkan harga berpatutan bagi barang yang diinginkan.
Harga barang di kedai A mungkin berbeza di kedai B, tetapi di antara kedai tersebut pula ada yang murah dan ada yang mahal.
Sebagai pengguna yang bijak, perancangan berbelanja perlu dilakukan agar duit yang dikeluarkan dapat dimaksimumkan.
Dengan menggunakan aplikasi SmartShopper, pengguna tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan maklumat mengenai harga barangan kerana semuanya dikongsikan oleh pengguna lain, sekali gus memudahkan kita berbelanja.
Melalui aplikasi ini, kita dapat mengetahui harga sesuatu barangan paling murah dan di kedai mana ia dijual. Selain itu kita juga dapat mengetahui promosi yang dijalankan oleh mana-mana kedai.
Dengan cara ini, ia mampu memberikan satu cara mudah untuk kita merancang pembelian dengan berjimat cermat tanpa menghabiskan masa melakukan survei di antara kedai dan kedai yang lain.
Terdapat lebih 10 pasar raya terkemuka negara berada di dalam senarai aplikasi dengan pelbagai barangan keperluan harian untuk membantu kita membuat pilihan.
Jadilah pengguna bijak dengan memuat turun aplikasi ini di telefon mudah alih melalui Play Store dan App Store sebelum berbelanja.