BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skrin OLED Lutsinar Samsung

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg


SAMSUNG sedia mempunyai kepakaran tinggi dalam industri pengeluaran skrin, bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi juga pelbagai saiz lain termasuk televisyen.

Terkini, melalui suatu acara khas yang diadakan di Hong Kong, Samsung memperlihatkan teknologi skrin OLED terbaru di mana membawakan paparan lutsinar dan boleh dilihat menembusinya.

Samsung menyasarkan skrin seperti ini untuk kegunaan syarikat dan industri.

Dua jenis skrin dipertontonkan Samsung menggunakan paparan lutsinar ini, di mana salah satunya diintegrasikan dengan teknologi Intel Real-Sense untuk memaparkan kembali wajah pengguna pada skrin, sementara satu lagi adalah sekadar skrin lutsinar biasa.

Skrin dengan teknologi Intel Real-Sense ini membolehkan syarikat menggunakannya untuk beberapa perkara, termasuk membolehkan pengguna mencuba pakaian dan melihat ia dalam bentuk maya.

Sementara skrin lutsinar tanpa teknologi berkenaan boleh digunakan untuk paparan iklan dan sebagainya.

Skrin ini dikatakan mungkin menggantikan penggunaan cermin di rumah pada masa hadapan, di mana ia akan dilengkapi dengan paparan informasi digital - lebih kurang seperti kita lihat pada beberapa filem futuristik sebelum ini.

Memandangkan ia baru sahaja diumumkan, maka mungkin kita akan melihat ia digunakan dengan meluas dalam beberapa tahun lagi.
 
Back
Top
Log in Register