BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM saman RM 1 juta

kopiais

Active Member
Messages
2,009
Joined
Nov 1, 2012
Messages
2,009
Reaction score
181
Points
33
Nampaknya SKMM mula bertindak agak aktif sepanjang suku pertama tahun ini, dimana selepas mengenakan kompaun untuk beberapa syarikat telekomunikasi pada minggu lepas, hari ini, sebanyak 5 syarikat telekomunikasi tempatan dikenakan denda berjumlah menghampiri RM1 juta.

Denda ini dikenakan ke atas kesalahan syarikat telekomunikasi yang gagal menyediakan informasi yang tepat ketika pendaftaran kad-SIM prabayar.

Daripada denda yang dikenakan, Celcom Axiata menerima denda paling tinggi, iaitu berjumlah RM400,000; Merchantrade berjumlah RM240,000; UMobile berjumlah RM100,000; Maxis berjumlah RM160,000 dan Tune Talk berjumlah RM10,000.

Pendaftaran kad-SIM untuk pengguna prabayar telah diperkenalkan sejak beberapa minggu lepas, untuk mengelakkan pengguna menyalah-guna perkhidmatan telekomunikasi, dan para penyedia perkhidmatan telekomunikasi diperlukan untuk mengesahkan informasi dan identiti pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan mereka.

Menurut SKMM, mereka telah menerima pelbagai aduan, dimana beberapa nama dan nombor kad pengenalan individu digunakan untuk pendaftaran perkhidmatan telekomunikasi, walaupun sebenarnya mereka tidak melakukan sedemikian.

Pada minggu lepas, sebanyak 3 syarikat didenda kerana kadar terputusnya panggilan apabila menggunakan perkhidmatan mereka yang agak tinggi, berjumlah sekitar RM190,000.

skmm.jpg
 
Byk lagi kesalahan dorg
Dende tu tak seberape dr kesalahan yg dorg dh buat
Bpe byk untung dorg dpt dr hidden charge
Klo takat jumlah tu, dorg tak pandang pon
 
cket sgt denda tu...
senyum je bayo..
 
Menurut SKMM, mereka telah menerima pelbagai aduan, dimana beberapa nama dan nombor kad pengenalan individu digunakan untuk pendaftaran perkhidmatan telekomunikasi, walaupun sebenarnya mereka tidak melakukan sedemikian.

Aku ada seorang kawan, dia ada 4 simcard untuk pelbagai guna (business, personal, scandal dan sebagainya) dan semua didaftarkan atas nama orang lain. Aku tanya dia macam mana boleh lepas bila tunjuk IC dan dia kata ada sesetengah towkey kedai phone langsung tak minta IC untuk verify.

Lalu aku pun bertanya lanjut kenapa dia berbuat demikian sedangkan boleh guna nama sendiri dan dia menjawab bahawa dia banyak hutang kat bank dan ah long so selalu gak kena kacau pagi petang siang dan malam sehinggakan dia tak ada privacy dan hidup pun semakin tertekan.

Walaupun dia dah tukar nombor lain, tetapi pengutip hutang ini ada orang dalam kat Telco Company untuk dapatkan nombor terbaru sesiapa dengan memberi nama dan nombor IC.

Pada pendapat aku benda ni mungkin tak akan terjadi andai kata Telco Company berpegang teguh kepada prinsip Data Confidentiality dan tidak mendedahkan maklumat apa-apa sekalipun kepada third party.

PS: Aku ada kawan kerja kat Maxisss dan dia pun selalu dok usha ex-awek dia tukar nombor baru...
 
Last edited:
elok denda juga pada pkhidmatan internet yang memang kurang memuaskan

bayar mahal tapi servis macam...
 
Back
Top
Log in Register